Followers

Monday, 11 June 2012

Diserang Anai-anai

Semasa kami bina rumah ini beberapa tahun dahulu Pak Aji memang ada membuat rawatan anai-anai pada asas rumah. Walau bagaimanapun setelah kami membuat ubah suai rumah beberapa kali, bahagian yang baru diubah suai tidak dibuat rawatan apa-apa. Rumah kosong di sebelah rumah yang terbengkalai pula sebelum ini menjadi rumah anai-anai (telahan Pak Aji). Apabila rumah itu disiapkan dan penghuninya sudah masuk, maka anai-anai pun mencari rumah baru - rumah kamilah!! Ini kesan yang dilihat pada palang pintu bilik air dan di lantai bilik lama Mak Aji:

Di palang pintu bilik air.
Di lantai bilik.

Mak Aji sudah menghubungi sebuah syarikat pest control, cuma mereka belum hubungi kembali untuk temu janji bagi mereka membuat penilaian sejauh mana tindakan yang diperlukan. Apapun, cepatlah wei!! Baru beberapa hari lepas Sue ada menyebut rumahnya diserang anai-anai, sekarang Mak Aji pula!! Ada ke doa apa-apa yang sesiapa tahu untuk menghindar atau menghalau anai-anai ini - makhluk Allah juga kan?? 



3 comments:

gadafi said...

Assalamualaikum

Dah settle ke masalah ni? susah2 spray sendiri je racun serangga...bukan ridsect...amek racun dgn bahan aktif fipronil 5.0%...boleh kawal satu koloni...doa tuk halau anai2? menarik jugak tu kalu ada...teknik ghaib..hehe

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Gadafi,

Setakat ini insya-Allah settlelah kut sebab mereka tak kelihatan lagi. Pak Aji beli kat kedai hardware ubat umpan anai-anai dalam bentuk kotak tisu. Dilekatkannya ditempat kesan anai-anai lalu dilekatkan dgn cello tape. Pastu hilang ghaib mereka! Katanya bila mrk datang, makan umpan tu, pastu balik ke sarang, mrk makan anai-anai yg lain-lainnya, wallahualam!!

oh, boleh guna racun serangga juga ya yg ada bahan tu. Terima kasih atas makluman. Manalah tau kan, kut ada org yg pandai doa dan hembus2 supaya mrk pergi jauh2! he he!!

Unknown said...

Salam,
Menghalau anai-anai dengan daun durian belanda. Saya pernah mencubanya dan berjaya. Ambil daun durian belanda keronyokan dan di taburkan ditempat yang ada anai-anai. Biarkan. Ulangi setiap dua minggu dan bersabar. Insya Allah anai-anai tidak akan mendiami kawasan tersebut. Taburkan juga daun durian belanda seluruh rumah sebagai 'precaution'.

Lena Rose

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...