Followers

Friday, 1 June 2012

Tinjau Perabot Lagi

Malam tadi Mak Aji mengekor dua anak bujang Mak Aji untuk meninjau katil bujang untuk mereka - mereka mahukan katil baru apabila berpindah ke bilik tidur lama Mak Aji. Ini antara katil yang kami lihat di Ikea malam tadi. 

Kalau hendak jimat ruang, bolehlah beli katil dua tingkat (tetapi yang ada semacam untuk budak, bukannya untuk orang bujang!?) tetapi kalau inginkan dua katil berasingan, maka lebih sempitlah ruang untuk meletak perabot lain dalam bilik itu! Apapun mari lihat dahulu sebelum membuat keputusan:

Zhafran sibuk mengukur agar katil muat di tempat yang dihajatkan.
Model ini yang termurah, kayu pain.
Ini juga diperbuat dengan kayu pain tetapi dua tingkat.
Yang ini (besi) boleh memuatkan tiga orang, termasuk yang di bawah sekali.
Yang ini juga besi, katil berasingan.

Anak-anak bujang asyik mengenen agar Mak Aji taja separuh - macamlah Mak Aji ni banyak sangat duit!! Sedang dalam pertimbangan .... 


3 comments:

- dieyana - said...

perabit lagi. best, best! sponsor semua aje lah mak aji..hihkihk..;-)

- dieyana - said...

*perabot

Ummu Madihah said...

Amboi bukan main faham jiwa org2 muda ni! Asyik nak minta org tua sponsor aje ya, he he! Mak Aji menyanggup sponsor separuh sahaja seluruh kos termasuk tilam, kira oklah tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...