Followers

Showing posts with label puding agar-agar. Show all posts
Showing posts with label puding agar-agar. Show all posts

Sunday, 12 August 2012

Agar-agar

Memang sudah lama betul Mak Aji tidak membuat agar-agar - kali akhir membuatnya Mak Aji masih menggunakan agar-agar dalam bentuk strip, bukannya dalam bentuk serbuk.

Beberapa hari lepas terpandang agar-agar strip di pasar raya lantas Mak Aji membelinya. Apabila menyemak resepi yang bersepah di internet, dan apabila diteliti, hampir kesemuanya menggunakan serbuk agar-agar, bukan lagi dalam bentuk strip!! Semasa kali akhir Mak Aji buat agar-agar, bentuk serbuk masih baru lagi dan ada keraguan tentang sumber gelatinnya, sama ada daripada sumber haram atau tidak! Sekarang sudah banyak jenama yang jelas terpampang logo halalnya. Jadi tiadalah lagi keraguan.

Hidangan untuk berbuka pada petang ini (pencuci mulutnya), puding agar-agar! Mak Aji gunakan sukatan yang disediakan pada paket (tiada sukatan berat pun pada paketnya, yang ada harganya RM5.00!)  

Ini foto puding agar-agar Mak Aji:

Semangkuk seorang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...