Followers

Sunday 24 June 2012

Gaji Terakhir

Mak Aji menyemak akaun bank secara dalam talian dan mendapati bahawa gaji bulan Jun sudah masuk - gaji terakhir Mak Aji sebagai penjawat awam! Bulan hadapan dan seterusnya Mak Aji terima pencenlah! 

Esok hari Mak Aji menghabiskan cuti terakhir sepanjang perkhidmatan dan Mak Aji naik kerja pada hari Selasa hingga Jumaat. Hari Jumaat merupakan hari terakhir sebagai penjawat awam dan bermula I Julai bermulalah Mak Aji sebagai pesara. 

Sesudah sekitar sebulan berkursus dan tidak hadir ke pejabat, beratnya terasa hati ini untuk ke pejabat lagi. Terasa semacam cukuplah selama berpuluh tahun berulang-alik ke KL menempuh kesesakan - betapa malasnya hendak menekan minyak jam 6.30 pagi hari Selasa nanti!! 

Apapun temu janji dengan KP pada 8.30 pagi hari Jumaat insya-Allah akan ditepati dan sejurus selepas itu, Mak Aji akan mengetik kad untuk kali terakhir dan akan terus balik ke rumah. MERDEKA!!!


MERDEKA!!!

5 comments:

Aida Salleh said...

dah dekat rupanya hari yang ditunggu ya kak? gembira untuk akak yang nak menginggalkan tetapi sedih buat kami yang ditinggalkan. huhuhuuu...harapnya walaupun tiada di depan mata kami jangan sesekali dilupa ya. Kak, selasa depan saya nak jumpa akak boleh? sebab hari rabu saya dah mula cuti (2 minggu) jadi hari terakhir akak saya takde dekat pejabnat. boleh lah kak jumpa hari selasa ya.lunch sesama ya.

izla said...

dah nak pencen yer..
saya nak apply la tempat kosong yg mak aji tinggalkan tu..hehe

Ummu Madihah said...

Insya-Allah Da, boleh jumpa hari Selasa. Kata Siah ada majlis Jasamu Dikenang, tp x perasan jam brp pulak. Pastu ada mesy. agung PUSPANITA. Nanti akak call ya!

Izla, alamak dik, tempat Mak Aji sudah pun diisi, akan diganti sehari selepas Mak Aji pencen, terlambat keretapilah awk. Patut ckp awal2!! he he!

Unknown said...

Alahai mesti rindu ngan Mak Aji nanti... selamat bersara Mak Aji jgn lupa jika ingin membuat tempahan kek bolehlah telefon saya yer...

Ummu Madihah said...

Tu yg miss kalau pencen tu, kek dtg ke riba! Kalau nanti mcm mana nak dapat ya?? (Dok terbayang kek choc ganache awk tu!!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...