Followers

Monday, 11 June 2012

Meja Sisi Termurah - RM 29.90 Sahaja!

Mak Aji sudah lama tercari-cari nest of tables sebab setiap kali tetamu datang, setiap kali itulah timbul masalah untuk meletakkan minuman dan kuih-muih untuk mereka. Meja kopi terpaksa diletakkan jauh sedikit memandangkan ruang tamu Mak Aji jenis memanjang, dengan keluasan 10 kaki x 30 kaki. Nest of tables boleh disusun di ruang yang agak sempit dan akan hanya digunakan semuanya apabila perlu sahaja. Pernah Mak Aji terjumpa beberapa kali meja yang diperbuat dengan kayu dari India/Pakistan (dengan inlay tembaga bercorak, yang biasanya orang Pakistan yang jual). Harganya sekitar RM300-500 bergantung saiz dan reka bentuknya. Mak Aji sudah hampir beli tempoh hari tetapi Pak Aji kata mahal sangat, langsung tidak jadi beli (lagipun, binaannya juga agak tidak kuat, kalau ada yang terduduk, nescaya runtuhlah!).

Semasa Mak Aji ke Ikea menemankan anak-anak meninjau katil tempoh hari, Mak Aji terpandang meja sisi (individu) yang diperbuat daripada chipboard, berwarna sama ada putih atau hitam dengan harga cuma RM29.90 sahaja. Apa lagi, Mak Aji sebatlah! Selamat duit aku! Ini dia:


Meja sisi murah!!

Insya-Allah selepas ini mudahlah untuk menghidang minum tetamu! Pak Aji yang nampaknya lega sebab kalau setiap kali dia mahu meletakkan kole air panasnya ke atas meja, Mak Aji selalu tegur, "lapik dahulu nanti rosak meja!" Itu kalau meja kayu, kalau meja ini, pakai belasah sahajalah, sebab meja ini agak lasak! Sudahlah murah, mudah berkira pulak tu! Itu yang bagus tu.


Catatan: Apa lagi, jom ke Ikea sebelum habis stok!!



2 comments:

- dieyana - said...

hihkihhk. warna merah pun ada mak aji, diana suka macam tu, simple, n murah...

Ummu Madihah said...

Mak Aji tak perasan pula merah?? Ya, murah dan lasak! Agak stabil, boleh duduk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...