Followers

Saturday, 16 June 2012

Bakul Bepang Kacang

Rupa-rupanya entri Mak Aji tentang bakul bepang kacang sebagai hantaran tempoh hari banyak menarik minat dan telah mendapat pertanyaan. Jadi, setelah Hanif menghubungi Nadya, inilah dia wanita yang perlu dihubungi jika anda berminat membuat tempahan:

Puan Minah, 03-91738677.

Hasil 'karya' Puan Minah.

Sesiapa yang berminat silalah menghubungi beliau sendiri agar anda dapat berbincang lanjut!

Mak Aji terjumpa juga pihak lain yang menghasilkan hantaran bunga ros bepang kacang (selain hantaran lain). Syarikatnya Rosbah Enterprise dan alamat laman blognya seperti berikut:


Berikut antara bepang kacang yang beliau hasilkan:







Gubahan bakul atau bunga bepang kacang seperti ini merupakan suatu seni yang semakin dilupakan dan memang ada segelintir sahaja yang masih mampu menghasilkannya (dying art). Jika tidak dipelajari oleh golongan muda, maka suatu hari nanti nescaya tiada siapa lagi akan mampu menghasilkannya!!

4 comments:

MONIE said...

Kalau ada yg mahu mengajar, saya mahu belajar. Dulu saya pernah buat angkat dari kuali terus canai dan potong. Perlu dibuat ketika gula masih panas...

Ummu Madihah said...

Tulah i pun minat. Kalaulah kolej komuniti ada ngajar, i pun nak juga. Ada org tanya nak belajar kat Rosbah Enterprise, tp dia x jwb.

amyza said...

Kalau sy tempah bila boleh siap? Urgent nk menggunakannya pada jumaat 11.4.14 malam

Ummu Madihah said...

Salam Amyza,

Maaf kerana baru menjawab. Mak Aji sibuk di kampung atas urusan kematian. Amyza boleh rujuk semula entri ini, ada nama dan juga nombor telefon orang yang menghasilkan bepang kacang ini. Sila hubungi beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...