Followers

Friday, 11 November 2011

Keputusan Muktamad

Akhirnya selepas Mak Aji memberi maklum balas lagi (tentang arnab) pada petang ini kepada Pak Aji, maka dia pun membuat keputusan bahawa rumah yang dibuat itu untuk burung merpati!! Punya lama nak dapat keputusan, dok ding dong ding dong, jadi, mungkin esok lusa dapat beli merpati?? Seronok tu! 

Rumah merpati setakat petang ini sekitar separuh siap, mungkin lebih. Cuma satu kerisauan Mak Aji. Katanya najis burung merpati agak 'bisa,' kalau kena pokok mati. Dengar khabar juga burung merpati merupakan pembawa penyakit (carrier) dan najisnya ada kuman e-coli dan salmonella. Jadi, najisnya perlu dikendalikan dengan betul.

2 comments:

AsiahRSC said...

Shimah, make sure nurung merpati tu tak lepas selalu, cos I pernah baca artikel ... ingat-ingat lupa...kalau burung merpati berkeliaran dan najisnya bersepah, najis dia tak silap membawa penyakit kronik juga ... Wallahualam...mungkin boleh explore kat internet, mungkin ada maklumat tu ...

Ummu Madihah said...

tulah dia, kami ni nak kurung kat sangkar aje, x lepas, utk tujuan sembelih makan dagingnya.Jazakallah for the info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...