Followers

Sunday, 20 November 2011

Tango dan Skype

Malam tadi Boy tolong muat turun Skype sebagai alternatif kepada Tango. Skype memang sudah lama digunakan oleh orang lain, tetapi Mak Aji sebenarnya tidak pernah gunakan. Tango pun baru pagi ini digunakan bersama-sama web cam. Baru puas sedikit melihat muka cucu. Mak Aji perhatikan, jika Along guna telefon bimbit, agak kurang sedikit gangguan berbanding jika dia gunakan lap-top. Apapun, memang tidaklah se'licin' (kurang smooth receptionnya). Kalau Tango, skrinnya kecil (tak tahulah jika boleh dilihat skrin penuh), kalau Skype, kata Boy, boleh lihat skrin penuh, barulah puas sedikit. Apapun kena betul-betul cuba sendiri baru tahu.

Itulah dia kisah orang tua dengan hal-hal yang teknikal ini. Kalau orang lain, terutama yang muda-muda sudah bertahun-tahun gunakan, orang macam Mak Aji baru nak terkial-kial gunakan. Apapun, tak apalah, better late than never!!

Skype di telefon bimbit

Skype di komputer

Skype di TV anda



Skype juga di telefon rumah!

Rupa-rupanya Skype boleh digunakan sampai ke TV dan telefon rumah! Ini perkara baru yang Mak Aji baru tahu. It goes to show that we are never too old to learn! Terlalu banyak perkara baru di luar sana untuk dipelajari untuk memastikan agar kita tidak terus berada di dalam tempurung!!

2 comments:

AsiahRSC said...

I dah install Skype tapi tak guna lagi!!! Tak tahu lagi nak guna! hahaha..memang jakun...

Ummu Madihah said...

Ha ha, welcome to the jakun club! Tak apa, sekurang-kurang i dah ada kawan! Nanti i cuba masukkan u dalam list of contacts. U pun cuba masukkan no tel i, kita cuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...