Followers

Monday, 14 November 2011

Banglo Bertukar ke Semi-D

Semalam merpati dapat tinggal dalam banglo, tapi hari ini mereka terpasa didown-grade ke semi-d gara-gara kemasukan ahli baru, sepasang ayam kampung yang dibeli semalam dan dibawa balik hari ini. Mak Aji tak pasti sama ada itu langkah sementara atau kekal. Mungkin kalau dah membiak nanti perlu difikirkan untuk dibuat reban ayam yang berasingan pula. 

bersantai dalam rumah baru

banglo bertukar semi-D
Bapak ayam mengajar ibu ayam untuk masuk bertelur

Ibu ayam buat derk aje!

Sejak pagi Pak Aji bertukang lagi membahagikan rumah merpati kepada dua bahagian menggunakan kayu papan lapis. Satu lagi pintu dibuat untuk merpati. Berikut hasilnya:

Ayam jantan sudah mula berkokok, tak habis-habis Pak Aji memuji ayam jantannya bersuara 'solid.' Insya-Allah pagi esok bolehlah kami dikejutkan oleh ayam berkokok! Kata Pak Aji ayam berkokok jam 3.00 pagi (Mak Aji kata untuk kejut orang bangun tahajud, Pak Aji kata kejut orang tengah tidur, dini hari sejuk, terus tarik selimut!). Apa-apalah. Oh ya, sekali lagi ayam berkokok waktu Subuh. Itu memang nak kejut orang bangun solat Subuh. Seronok juga bela ayam ni ya!

2 comments:

Aida Salleh said...

wahhhh...mesti terasa macam duduk dekat kg kan kak? bestnya....nak datang tengok boleh kak? :-)

Ummu Madihah said...

Akak memang rasa dok kg sebab memang dok kg pun Da, x mcm awk org bandar!! Seronok dok kg, boleh tanam mcm2, boleh bela mcm2. Boleh aja dtg, ckp aja, tp nak makan gulai ayam kg belum boleh, kena tunggu membiak dulu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...