Followers

Monday, 7 November 2011

Beraya dengan Adik-beradik

Mak Aji dan Pak Aji sudah yatim piatu, tiada mak ayah, semua dah meninggal, jadi kami tinggal adik-beradik sahaja. Kami biasanya balik kampung pada raya puasa dan jarang balik pada raya haji. Balik raya haji biasanya kalau kami buat korban di kampung. Sudah beberapa tahun kebelakangan ini kami berkorban di Kemboja, namun pada tahun ini oleh kerana saudara sebelah Pak Aji datang ke rumah bertanyakan sama ada kami nak sertai mereka berkorban di sini, maka kami pun turut serta.

Mak Aji sebenarnya lebih suka buat korban di Kemboja sebab di sana mereka jarang makan daging, bukan macam orang Malaysia, boleh saja makan daging setiap hari, antara mahu dengan tidak sahaja. Seperti yang pernah berlaku pada beberapa tahun lepas, banyak daging korban yang berlebih-lebih sampai tak tahu nak dihantar ke mana lagi. Pening kepala menguruskan daging korban! 

Pada tahun ini, selain sedikit daripada  daging bahagian kami, kami dapat lagi tiga bungkus yang diberi kawan Pak Aji yang terlebih dapat daging korban. Kawan itu mualaf India, yang kurang makan daging. Kami terpaksa berikan dua bahagian tersebut kepada orang lain pula. 

Raya tahun ini agak meriah sedikit dengan kehadiran adik-adik Pak Aji yang turun dari JB untuk beraya bersama-sama kami. Riuh rendah rumah dengan keletah tiga anak adiknya itu. Nasib baik adik-adik Pak Aji ada, dapatlah mereka ambil alih tugas memasak (Mak Aji teruk migraine sampai termuntah-muntah pada pagi raya, hinggakan terlepas solat raya. Bila dah pekena ubat dan bawa tidur, pergilah jenguk lembu untuk niat korban, lepas itu terus balik kerana tidak tahan panas, takut migraine menjadi-jadi lagi). Untuk pagi raya, kami makan laksa Kelantan dan untuk raya kedua, masak singgang daging, daging bakar, juga udang galah segar. Seronok makan ramai-ramai! 

Ini dia lembu yang dkorbankan tahun ini:  


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...