Followers

Friday, 11 November 2011

Arnab Lagi

Hari ini dapat lagi maklumat tambahan tentang arnab. Rumah arnab tak boleh dibuat daripada kayulah Pak Aji!! Kena dibuat daripada besi, sebab giginya boleh tahan juga menggigit! Besi jaring pun tak boleh yang halus, kena yang cukup kuat, nanti digigitnya!! Pun tidak boleh sebarang-sebarang nak hulur jari ke mulutnya, nanti putus!?? Arnab juga dikatakan (kalau dibela di atas tanah) suka membuat lubang (macam Bugs Bunny jugalah) dan akan beranak di dalam lubang dan bila anak sudah cukup besar barulah keluar dari lubangnya. Kalau dah korek lubang, tentunya akan keluar dari kawasannya. Patutlah arnab jiran kadang-kadang kelihatan di sekitar rumah kami - terlepas keluarlah tu!  

Mak Aji juga ditawarkan sangkar besi (pada harga diskaunlah tu agaknya) yang baru digunakan setahun, tuannya sudah tidak larat melayan kencing berak arnab yang dibela di dalam rumah, juga makannya yang agak banyak!

a  fluffy and cute ball of confusion! 

fikir, jangan tak fikir!

Amacam Pak Aji, back to the drawing board!! Itulah dia kisah Pak Aji dengan arnabnya setakat ini - apa yang akan jadi selepas ini, kita tungguuuuuu!

2 comments:

AsiahRSC said...

Kalau tak silap arnab pun cepat dan banyak beranak kan...

Ummu Madihah said...

ya memang cepat dan banyak. Katanya kalau bela kat tanah baru beranak, kalau dalam sangkar, ada khilaf sikit, ada kata x beranak, ada kata beranak jugak. Nampak gaya buat masa ni merpati dulu, arnab fikir dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...