Followers

Sunday, 13 November 2011

Merpati dan Anak Ayam

Selepas selesai berkebun di laman rumah, Mak Aji dengan Pak Aji ke petshop untuk membeli merpati. Kami pilih dua pasang, seekor bintik-bintik hitam putih, seekor grey/kelabu asap bertompok-tompok dan dua lagi putih tetapi ada sedikit warna coklat di belakang. Tiada yang keseluruhannya putih (kata tuan kedai, yang putih keseluruhannyalah yang dibuat ubat - ubat apa tidak pula beritahu, Mak Aji pun tidak menanya). Semuanya diberi harga RM80.00.
Selain itu, Pak Aji juga beli anak ayam enam ekor, harga 3 ekor RM10.00. Setelah membeli segala keperluan tempat makan mereka dan sebagainya, kami balik. Berikut gambar ahli-ahli baru keluarga kami:
Rumah burung yang siap sepenuhnya
masih takut-takut masuk rumah baru
malu nak turun makan minum!
Di bawah pula anak ayam yang dibeli:

enam ekor anak ayam baka ayam daging


Bila hari nak hujan, Pak Aji ubah suai rumah sementara anak ayam menjadi seperti berikut:


selubung dengan plastik dan tutup dengan payung supaya tak kena hujan!

Kata Pak Aji, "Ayam pun nak pakai payung juga!" Apa-apalah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...