Followers

Tuesday, 8 November 2011

Keju Halal

Siapa yang tak suka keju. Kalau tanya anak-anak, "Nak makan apa malam ni?", tentu jawapannya, "KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke atau Domino!" Sebenarnya Mak Aji dah lama tak makan di Pizza Hut atau beli piza Domino, sejak terdengar berita tentang sejauhmana halal tak halalnya keju yang digunakan dalam piza. Katanya kejunya menggunakan renet yang diambil daripada sumber cik bab (kerbau pendek!) atau anak lembu (sembelih ikut syariat atau tidak???). Dahlah kita ni banyak dosa, kalau ditambah dengan benda-benda macam ini, entah apa nak jadi dengan kita dan anak-anak!  Itu yang Mak Aji ambil langkah berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan terus. Jenuh juga memberi penjelasan kepada anak-anak supaya faham. 

pelbagai jenis keju
Dalam pada itu Mak Aji terjumpa blog berikut yang dipunyai pengedar keju halal. Mak Aji pernah hubungi tetapi memandangkan Mak Aji bukan kaki masak kuih, maka nak beli jenis yang mana satu pun tak tahu. Untuk mereka yang kaki masak kuih yang menggunakan keju, mungkin boleh dimanfaatkan alamat di bawah:  

http://cheezyhouse.blogspot.com/  atau

http://kejuhalal.blogspot.com/ 

Semoga dapat membantu mempromosi bahan yang halal untuk mereka yang belum tahu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...