Followers

Friday, 4 November 2011

Home Air Fresheners

Mak Aji terjumpa petua di atas yang pernah dibaca dalam The Star tidak lama dahulu - untuk membuat penyegar udara sendiri, terutama sekali untuk menyambut Aidil Adha - saja nak sedapkan hati sebab tak balik kampung!! Berikut terjemahan rencana tersebut:

Cara yang paling mudah untuk menghapuskan udara yang hapak di dalam rumah ialah dengan menggunakan penyegar udara berasaskan kimia, sama ada yang dipasang pada soket elektrik atau dalam bentuk semburan. Walaupun begitu, penyegar udara seperti ini boleh melepaskan kompaun meruap yang berbahaya. Dengan yang demikian, apa kata kita menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk menghasilkan penyegar udara kita sendiri!
  • pilih minyak pati kegemaran anda - pudina, lemon, lavendar (Mak Aji suka lavendar - boleh de-stress). Masukkan beberapa titik minyak pati ke dalam botol penyembur dan isikan air. Goncang botol dan semburkan apabila perlu.
    • untuk mewangikan dapur dan ruang makan anda, bakar  kulit oren, lemon atau epal (sebiji sebiji) selama 15-20 minit pada suhu 350 darjah (di dalam oven). Bau sitrus akan kekal selama beberapa hari.
    • beli lilin yang tersedia dengan dengan haruman minyak pati. Letakkan di tempat strategik dan bakar lilin apabila anda ingin berada di situ selama beberapa jam.
    lilin dalam cawan
    cantik bekas lilin ini!
         
    pun dalam cawan


    lilin dalam gelas
         
















    • buat potpouri sendiri dengan menggunakan oren dan lemon yang dikeringkan dan herba yang dihancurkan. Letakkan di bilik air. Lembapan di bilik air akan menyebarkan haruman tersebut. 
      oren kering untuk potpouri
    • didihkan air, dan kecilkan api, masukkan kulit kayu manis atau bunga cengkih. Dapur akan berbau harum.
    • penyegar udara terbaik - bukakan tingkap!

    • elakkan penggunaan penyegar udara yang menggunakan punca elektrik kerana ia boleh menjadi punca kebakaran!

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...