Followers

Thursday, 17 November 2011

Islam Agamaku

'Islam Agamaku' merupakan sebuah rancangan radio IKIM yang disiarkan setiap petang Khamis jam 5.15 petang. Rancangan ini menjemput seorang mualaf dari pelbagai bangsa untuk berkongsi pengalaman mereka setelah menerima Islam sebagai pegangan. Mak Aji berpeluang dengar semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis. Pada petang ini alhamdulillah Mak Aji bertuah mendengar siaran ulangannya yang menampilkan seorang mualaf bernama Hamidah Ng. Orangnya masih muda, belum berkahwin, bercakap pun amat pelat dengan lidah cinanya. Apa yang mengkagumkan ialah cara beliau melihat Islam dari perspektif yang jarang kita lihat. 

Kita sebagai umat Islam sejak lahir tidak begitu mengambil berat banyak perkara tentang agama kerana kita tahu yang Islam memang agama yang benar. Mak Aji kagum dengan kata-katanya dan pada masa yang sama terharu dengan pengalamannya sebagai mualaf. Antara lain beliau menyebut bahawa cara terbaik untuk menarik orang yang belum Islam adalah dengan cara memaparkan akhlak seorang muslim yang baik! Beliau juga menyebut betapa pada mulanya beliau melakukan suruhan Allah kerana takutkan neraka Allah. Lama kelamaan beliau sedar bahawa sebagai hamba Allah kita tiada punya apa-apa dan segala apa yang ada pada kita datang daripada Allah (kecuali dosa kita) dan adalah milik Allah semata-mata. Dengan itu, kita mesti mencari redha Allah dan kita mesti memastikan bahawa semua amal perbuatan kita adalah kerana Allah semata-mata!  Berikut rakamannya untuk dikongsi:   




Semoga kita lebih bersyukur dengan nikmat Allah yang paling besar, iaitu nikmat Iman. Kita mesti bersyukur kerana tidak perlu tercari-cari agama yang benar (seperti mereka yang belum Islam) kerana kita memang berada dalam agama yang benar!! Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...