Followers

Friday, 25 November 2011

Lamb Mandy at Al-Rawsha

Elok sahaja tiba waktu tengah hari, telefon pejabat berdering. Kawan ajak keluar makan. Memandangkan Mak Aji tiada rancangan apa-apa untuk tengah hari, ibarat mengantuk disorongkan bantallah! "Ke mana kita,??" Mak Aji tanya. "Ke Rawsha," katanya. Mak Aji setuju saja sebab sudah agak lama tak pekena lamb mandy, nasi kegemaran kami sekeluarga. Rupanya kawan masih teringat keenakan lamb mandy yang Mak Aji perkenalkan kepadanya ketika Rawsha masih di lokasi terdahulu, di Jalan Damai, Off Jalan Ampang. Lihatlah sama ada anda terbuka atau tidak selera melihatnya (tengok makanannya sahaja ya, sebab kedua-dua kawan ini sudah kepunyaan orang, silap gaya kena kejar dengan parang!!):

Seri dan Zabedah menunggu makanan

Seri dah bertongkat dagu, hai, bila nak sampai lamb mandy ni??

Dah sampai - mereka dah senyum!!

Menunggu cue nak makan

Ini Mak Aji punya, apa lagi - dig in!! Bon appetit!!
Kami pesan tiga lamb mandy, sejag kecil teh Arab (dengan daun pudina) serta salad. As we left the castle-like restaurant, we were RM97 poorer! Boleh tahan juga ya harganya sekarang! Apapun, (macam biasa) makan hingga tak terhabis hingga kena tapau. Mak Aji nak ingatkan, kalau perempuan bertiga, elok pesan dua pinggan sahaja, minta pinggan kosong, barulah elok selesa makan - tak terlalu kenyang, ngam ngam sahaja!

4 comments:

AsiahRSC said...

Sedapnya nampak...tapi ya Allah banyaknya satu pinggan tu!!! Tak pernah gi sana, orang kampong! hahaha

Ummu Madihah said...

Nasinya memang banyak, panjang-panjang pulak tu, basmathi. Makan nasi aje pun dah sedap. Sebenarnya dulu lauk kambingnya lebih banyak lagi. Kalau makan kambingnya tak naik ke kepala. Kambingnya juga lembut, so sweet and juicy!! Mesti kena cuba Siah!! Yelah, org kampung Semenyih, kita org kampung Sg Buloh!

Seri Dewi Siang said...

Wah... Mak Aji.. nakal ye..Ni promot kawan ke promot nasi. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi makan tengah hari dengan kita walaupun sekarang jurang gred semakin besar antar kita. Mak Aji masih dengan cara dan mesra yang sama. Kalau ada masa kita makan di lain tempat pula ye....errr sebelum Mak Aji memanjakan diri selamanya di rumah...

Ummu Madihah said...

Kalau serius boringkan! Kena ceria sikit, nasi ngan kawan sama-sama promote! Gred tak gred sama je, belasah dan kenyang dgn nasi yg sama! Memang seronok hari tu sbb dah lama x dpt borak. Lain kali kita ajak Naz sekali ya, lagi ngam!! Dia skrg kena dera!! Cian dia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...