Followers

Sunday, 13 November 2011

Sepasang Ayam Kampung

Waktu petang kami keluar minum, nak pekena teh tarik. Singgah sebentar di petshop lain, dekat simpang empat arah ke Kuang dari Sungai Pelong (terus ke Kuang, kiri ke Kundang dan kanan ke Rahman Putra). Kedai itu terletak selepas kami belok kanan ke Rahman Putra, selepas lampu isyarat. Ternampak a handsome couple - sepasang ayam kampung, berbadan besar, cantik, elok kalau dibuat baka. Mak Aji kata tak payah beli dulu sebab belum ada rumahnya, namun Pak Aji hendak juga, kalau tidak beli nanti orang lain beli, terlepas. Apa-apalah! Pak Aji bayar deposit dan ayam setuju  dijual dengan harga RM65 sepasang. Pak Aji janji akan datang balik esok selepas dia siapkan rumah ayam dahulu! 

Mak Aji suka ayam itu sebab memang cantik, kalau jantan berkokok waktu pagi, cuma Mak Aji tak suka bila perlu jaga semua binatang peliharaan jika Pak Aji tiada di rumah. Hai, nampaknya rumah dah nak jadi zoo. Tak perlu pergi jauh-jauh ke Hulu Kelang, datang saja ke rumah kalau nak tengok binatang. Cucu mesti suka nanti bila mereka datang!

handsome kan?

macam ni lebih kurang ibu ayamnya
Macam manalah agaknya nanti rumah ayam segera yang Pak Aji akan buat esok ya??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...