Anak-anak Mak Aji memang sukakan trifel yang biasa dibuat oleh Cik Ning - dia memang pandai masak - kuih dan juga lauk, memang 'anak butir' arwah mak. Mak Aji pula agak kureng sikit minat ke dapur, lebih gemar mengemas (sedikit comot pun tak apa!).
Dalam pada sibuk menguruskan pertunangan Hanif, Cik Ning sempat melayan Madihah (sebab sekali-sekali balik bercuti) dan Boy yang memang teramat sukakan trifel, dicarinya masa dan digagahkan membuat trifel dengan bantuan Madihah. Inilah hasilnya:
Lapisan pertama, swiss roll, lapisan kedua, bancuhan krim. |
Meletakkan lapisan bancuhan tepung jagung, gula, telur dan susu penuh krim (masak terlebih dahulu). |
Buah pic yang dipotong-potong. |
Trifel yang sudah siap! |
Selesai majlis pertunangan, trifel yang sudah disejukkan menjadi rebutan, sudah sedikit lagi yang tinggal! Jazakallahu khairan Cik Ning kerana datang beratus batu untuk majlis dan juga untuk melayan tekak kami!
2 comments:
nampak sedap trifil mak aji
memang sedap Dieyana! Anak Mak Aji isi dlm bekas utk bawa bekal ke ofis, tertinggal, patah balik rumah ambil! Dia takut bila blk keje dah selesai!!
Post a Comment