Followers

Monday 13 February 2012

Pelik Tetapi Benar: Ayam Jantan Bertelur!

Para saintis China sedang menyiasat suatu kejadian pelik yang melibatkan seekor ayam jantan yang mula bertelur apabila kesemua ayam betina disembelih dan dimakan tuannya.

Tuan punya ayam ini, Huang Li, 47 tahun, memelihara ayam jantan ini bersama-sama tujuh lagi ayam betina di sebuah ladang kecil di Kampung Chumiao, kota Mengcheng, daerah Anhui, di wilayah tengah China. Beliau berkata bahawa keluarga mula menyembelih ayam secara beransur-ansur semasa musim sejuk sehinggalah ayam jantan ini sahaja yang tinggal - dan beliau amat terkejut apabila mendapati terdapat telur di dalam reban pada keesokan harinya.

Inilah ayam jantan yang bertelur!
Beliau pada mulanya ingatkan bahawa jirannya yang cuba bergurau. Namun perkara yang sama berulang pada hari kedua dan ketiga. Berita tentang hal itu tersebar meluas apabila sebuah stesen TV membuat liputan. Ekoran daripada itu para saintis datang dan meminjam ayam jantan itu untuk melakukan kajian. Huang Li  berkata, "Mereka ingin menyiasat sama ada ayam jantan itu sebenarnya ayam betina yang menyerupai ayam jantan atau sama ada ayam itu berubah jantina selepas semua ayam betina hilang kerana disembelih. Apa yang saya tahu ayam ini memang berkokok nyaring untuk mengejutkan kami dari tidur dan ayam ini juga memang berkelakuan sebagai ayam jantan semasa bersama-sama dengan ayam betina."

Sumber: web.orange.co.uk
Diterbitkan pada: 12 Februari 2012


Catatan: Jangan ingat manusia sahaja boleh bertukar jantina, ayam pun!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...