Followers

Monday 10 March 2014

Rahsia Telur Dadar yang Gebu

As-salam.

Mak Aji ingin kongsikan resepi telur dadar yang gebu seperti yang kita biasa makan di restoran tom yam! Mak Aji peroleh rahsia ini daripada isteri guru Pak Aji tidak lama dulu. Begini kaedahnya:

Telur Dadar Gebu

Bahan-bahannya:

Telur ayam 4 biji
garam secukup rasa
sehiris asam limau nipis diperah jusnya
minyak masak satu cawan (Mak Aji tidak sebut telur dadar ini menyihatkan, ya!)


Cara-caranya:

Pecahkan telur, masukkan garam secukupnya dan perah asam limau nipis. Pukul seketika. Panaskan minyak di dalam kuali. Gunakan api besar dan tunggu hingga betul-betul panas (agak-agak baru nak berasap). Tuang telur tadi  dari jarak yang agak tinggi sedikit (hati-hati sebab telur akan terus menggelembung!) Kecilkan sedikit api dan tunggu telur masak sebelah atasnya sebelum dibalikkan. Apabila masak seluruhnya terus angkat. Hidang dan makanlah panas-panas! 

Telur dadar gebu - makan ketika panas ya! 


 

9 comments:

kakmonie said...

Serupa macam telur dadardi kedai/warung makanan siam. Terima kasih kongsi tips. Bab minyak tu buat-buat tak nampak

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Alhamdulillah menjadi, sekarang ni telur dadar kami versi yang ini sahaja. Versi lama tak pakai dah!

Kamsiah yusoff said...

ooo rahsianya terletak pd jus limau nipis...kembung dan garing...tp tang nak tuang dari jarak yg tinggi tu seriau sikit hehe..

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Tak payahlah tinggi sangat, agak-agaklah, jangan sampai terpercik minyak tu!

Juls Julie80 said...

Assalam..salam kenal..

terima kasih kak..berkongsi tips..patut laa telur kat kedai tomyam sedap & garing camtu..rupanya ni rahsia dia..hehehe

Ummu Madihah said...

Salam Juls,

Alhamdulillah kerana Mak Aji (sudah tua, nenek dengan 4 cucu dah pun, segan bila disapa kakak!) dapat berkongsi maklumat yang Mak Aji peroleh juga daripada orang lain yang mahu berkongsi petua ini.

Umm AA said...

salam makji,
teringin nak cuba..tapi dengar minyak masak sampai secawan tuh rasa takut lak..tinggi kalori tuh..dahla telur jenis menyerap minyak..sesakali bolehla yer..:)

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Memang pun sesekali je boleh layan sbb banyak minyaknya! Namun begitu sesekali makan sedap sbb gebu gebass!

Unknown said...

Sy x guna limau, tp masukkn air tapis mngikut bnynknya tlo, kalau sebiji tlo, satu sudu air, sy guna sedikit je mnyak zaitun untk mnggrng, Alhamdulillah still gebu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...