Followers

Saturday 31 December 2011

Pelik Tetapi Benar: Orang Mati Kena Saman

Hiroyuki Joho - sudahlah mati dilanggar keretapi, disaman lagi!

Seorang remaja berusia 18 tahun, Hiroyuki Joho telah terbunuh pada tahun 2008 akibat dilanggar keretapi pada kelajuan 112 km sejam. Hiroyuki pada ketika itu berlari ke arah keretapi dengan berpayung dalam hujan apabila peristiwa tersebut berlaku. Sebahagian besar badannya terpelanting sejauh 30 meter ke platform mengarah ke selatan lalu terkena Gayane Zokhrabov yang ketika itu berusia 58 tahun. Gayane jatuh lantas patah kaki dan pergelangan tangannya serta bahunya tercedera. Seterusnya Gayane menyaman Hiroyuki, tetapi hakim daerah Cook membuang kes tersebut dengan alasan bahawa Hiroyuki tidak mungkin menjangka bahawa badannya akan menyebabkan kecederaan tersebut pada Gayane. Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan menolak dengan alasan bahawa adalah "agak boleh dijangkakan" bahawa keretapi akan membunuh remaja itu dan menghumbankan badannya kepada penumpang lain yang menunggu untuk naik keretapi. 
Peguam yang mengendalikan kes rayuan Gayane, iaitu Leslie Rosen berkata, "kes ini agak pelik dan menggerunkan tetapi tetap kes kecuaian. Jika anda bertindak sebodoh remaja ini, maka anda perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku akibat daripadanya."  

Sumber imej: Huffinton Post
Diterbitkan pada 30 Disember 2011

Catatan: Inilah contoh klasik "Sudah jatuh ditimpa tangga." Siapalah agaknya nanti akan membayar saman remaja ini? Ibu-bapanyalah agaknya?? Inilah kesedihan berganda untuk ibu-bapa!

Wednesday 28 December 2011

Cak Kelepek Kelepuk Kelepak .....

Mak Aji nak kongsi lagu di atas yang pernah Mak Aji nyanyikan semasa kanak-kanak dahulu:


Cukup cute budak ini, lagi cute lagu yang dinyanyikan!
Apa yang lagi penting, walaupun tinggal di Eropah, asal-usul tetap dikekalkan, jangan tak mengaku asal-usul kerana tak mahu terbau budu (budu sedap apa!!). Tabik spring kepada ibunya (agaknyalah - yang suaranya pada latar) kerana menghidupkan darah Kelantan pada anaknya!! 

Ewa ewa, ewa bule, ewa bule teraju tigoooo....... 

Pernah Kena Kejar Bas Ekspres?

Arwah ayah Mak Aji pernah kata yang Mak Aji membesar dalam kereta! Dia berkata begitu sebab Mak Aji lebih lama memandu kereta berbanding orang lain (kecuali ayah) di rumah Mak Aji (rumah arwah ayah). Sebenarnya Mak Aji mula memandu pada usia 15 tahun, mendapat lesen motorsikal pada usia genap 16 tahun dan lesen memandu semasa usia genap 17 tahun. Makanya dengan usia Mak Aji sekarang, Mak Aji sudah memandu selama 36 tahun (lama tu!).  

Inilah rupa kereta pertama yang  Mak Aji pandu. Pletnya DD1660.
Ini rupa hadapannya (bukan convertible - bumbung biasa). Model kereta  Batman!!
Bila sudah agak lama memandu, maka banyaklah pengalaman ditimba di sepanjang jalan kenangan (macam lirik lagu pulak ya!). Dalam banyak-banyak pengalaman, satu yang paling Mak Aji tidak suka - kena kejar bas ekspres atau treler yang tiada muatan dan yang seumpamanya - hendak tahu kenapa?  Sebabnya - bila treler tiada muatan, pemandunya boleh bawa laju (dah lama kempunan nak bawa laju, asyik dok merangkak-rangkak (macam kat Bukit Putus atau jalan lama Bentong tu), maka bila tiada muatan treler bertukar menjadi pelesit!! Dibawanya treler melebihi had kelajuan (melepasi 110 km sejam) dan yang tidak boleh tahan, dibulinya kita dengan mengikut terlalu rapat, bagaikan nak tercium belakang kereta kita!! Bila perasan kita perempuan, lagilah diacahnya kita!

Treler kosong macam ini mudah bertukar menjadi pelesit!
Bas ekspres pun sewaktu dengannya juga, maka tidak hairanlah jika kemalangan asyik berlaku saban hari hinggakan banyak nyawa melayang dek kerana pemandu yang cuai! Ketika Mak Aji balik kampung tempoh hari, sebuah lagi bas Sani Ekspres terlibat dalam kemalangan - kereta yang dilanggar hancur - pemandu dan penumpangnya, Mak Aji rasa, selamat kembali ke rahmatullah!! Kalau macam inilah gayanya pengusaha Sani tak payah lagi buat cabutan bertuah untuk menggalakkan penumpang naik basnya, sebab penumpang lebih mungkin menang tiket kembali ke alam barzah!! 

Bas Sani kemalangan lagi
Mak Aji pernah menghantar sms ke nombor LPKP yang tertera pada badan bas atau treler untuk mengadu kejadian pembuli jalan raya, namun usaha tidak berhasil, penyudahnya, entah berapa kali sms ke hulu ke hilir, habis begitu sahaja. Buat perabis duit bayar bil telefon aja! 

Jawa Timur Siap Siaga Hadapi Letusan Tiga Gunung Berapi!

Mak Aji terbaca berita berikut dengan tajuknya di atas dalam akhbar hari ini - tersentap sekejap!!


JAKARTA: Peningkatan status amaran untuk Gunung Ijen daripada waspada kepada siaga iaitu amaran tahap ketiga oleh pihak berkuasa baru-baru ini serta aktiviti volkanik yang semakin meningkat di Gunung Semeru dan Gunung Bromo, telah membuat pihak pentadbiran negeri Jawa Timur membuat persiapan awal menghadapi bencana letusan ketiga-tiga gunung berapi itu.
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur telah bersiap siaga menghadapi bencana itu terutamanya bagi melindungi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitar.
Wilayah Gunung Ijen meliputi kawasan Banyuwangi, Bondowoso dan Situbondo, wilayah Gunung Semeru meliputi Lumajang, Probolinggo dan Malang manakala wilayah Gunung Bromo meliputi Probolinggo, Pasuruan, dan Malang.

Ketua BPBD Jawa Timur, Siswanto berkata perhatian masyarakat kini bertumpu kepada Gunung Ijen manakala semua daerah di sekitarnya telah mendirikan pusat siaga bencana seperti di daerah Situbondo, Bondowoso dan Banyuwangi sebagai persediaan bila Gunung Ijen meletus.
Sungguhpun status Gunung Semeru dan Bromo masih di tahap waspada, perkembangan kedua-dua gunung berapi itu terus dipantau. - Bernama

Gunung Bromo yang indah dan mengasyikkan

Dari dekat - kelihatan kawahnya mengeluarkan asap
Berikut pula kejadian  gunung berapi Bromo mengeluarkan asap tebal pada tanggal 24 Januari 2011 yang lalu!:


JAKARTA: Peningkatan status amaran untuk Gunung Ijen daripada waspada kepada siaga iaitu amaran tahap ketiga oleh pihak berkuasa baru-baru ini serta aktiviti volkanik yang semakin meningkat di Gunung Semeru dan Gunung Bromo, telah membuat pihak pentadbiran negeri Jawa Timur membuat persiapan awal menghadapi bencana letusan ketiga-tiga gunung berapi itu.
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur telah bersiap siaga menghadapi bencana itu terutamanya bagi melindungi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitar.
Wilayah Gunung Ijen meliputi kawasan Banyuwangi, Bondowoso dan Situbondo, wilayah Gunung Semeru meliputi Lumajang, Probolinggo dan Malang manakala wilayah Gunung Bromo meliputi Probolinggo, Pasuruan, dan Malang.

Ketua BPBD Jawa Timur, Siswanto berkata perhatian masyarakat kini bertumpu kepada Gunung Ijen manakala semua daerah di sekitarnya telah mendirikan pusat siaga bencana seperti di daerah Situbondo, Bondowoso dan Banyuwangi sebagai persediaan bila Gunung Ijen meletus.
Sungguhpun status Gunung Semeru dan Bromo masih di tahap waspada, perkembangan kedua-dua gunung berapi itu terus dipantau. - Bernama

Mak Aji mengenangkan dua anak Mak Aji, anak dara di kota Pasuruan dan anak bujang di Bangil, (sekitar 20 minit berkereta dari kota Pasuruan mengarah ke kota Surabaya). Semasa Mak Aji menelefon anak dara, Madihah,  dia tiada langsung menyebut tentang hal itu, cuma dia mengadu kurang sihat, demam-demam dan gatal-gatal kulitnya. 

Semasa Mak Aji ke sana sekitar bulan Maulid/Rabiulawal tahun lalu, ramai yang mengalami batuk-batuk dan sakit tekak angkara habuk dari Gunung Bromo, termasuklah Mak Aji sendiri. Risaulah pulak hati Mak Aji mengenangkan anak-anak di sana! Ya Allah, kepada Kau sahajalah aku memohon agar Kau lindungi anak-anakku daripada segala marabahaya!!! Aminnnn!!  

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) - to sign or not to sign!!

Ke mana-mana sahaja kita pergi, asalkan ada penjawat awam, mereka akan berbicara tentang SBPA - dah tandatangan ke belum?? Hal yang sama berlaku di ofis Mak Aji. Ada yang ambil dokumen, terus tandatangan dan terus hantar; ada yang masih buat tak tahu, ambil belum, tandatangan pun sahlah belum; ada pula yang sudah ambil, diperap (nak jadikan pekasam kut??) dan tunggu hingga saat-saat akhir (macam orang hantar borang taksiran cukai!) barulah nak hantar.

Mak Aji bukan apa, Mak Aji rasa macam ada yang tidak kena dengan perkara ini - macam ubi belum empuk, separuh masak! Sekejap umum skim baru, sekejap lagi baru nak difikirkan pengisiannya! Kalau ikut yang patut-patutnya, fikirkanlah dulu skim serta pengisiannya sekali, apabila sudah dibuat draf, dibawa bincang, dan akhirnya sudah puas hati, barulah diumumkan.  

Setelah bertanya-tanyakan hal ini dengan mereka yang lebih arif, mereka kata - "sain aja, kalau tak nanti terlepas bot, orang lain naik gaji, awak nganga saja!!" Okeylah, okeylah, Mak Aji sain saja, naik gaji sikit bolehlah Mak Aji beli lebih apa-apalah daripada sepatutnya (kalau dulu boleh beli lebih sirih, sekarang orang tua dah tak makan sirih lagi!). Apa-apalah! Dah sain, habis cerita tidak payah hendak fikir apa-apa lagi dah.  

Tuesday 27 December 2011

Pelik Tetapi Benar: Sarat Mengandung, Masuk Maraton!!

Amber Miller, seorang ibu (beranak satu yang berasal dari Illinois) berusia 27 tahun, yang mengandung 39 minggu telah berjaya menamatkan penyertaannya dalam maraton Chicago (sejauh 26.2 batu) dengan rekod masa 6 jam 23 minit.  (Beliau telah terlebih dahulu mendapat kebenaran doktor untuk berbuat demikian). Amber mengalami contraction ketika hampir menamatkan maraton itu dan beliau terpaksa berlari separuh, berjalan separuh. Selepas beberapa jam selesai perlumbaan beliau selamat melahirkan bayi perempuannyanya, June Audra dan beliau sempat memberi komen, "perlumbaan maratonnya lebih mudah daripada pengalaman bersalin."  

Amber Miller mendokong bayinya, June Audra.
Amber semasa berlari maraton dalam perlumbaan tersebut
Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2047560/Pregnant-Amber-Miller-runs-Chicago-Marathon-hours-giving-birth.html

Catatan: Kalau orang lain sibuk berlari ke hospital bila mengalami contraction, Amber sibuk menamatkan maraton!

Tujuh Sunah Rasulullah s.a.w.

Mak Aji nak kongsi tujuh amalan sunah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari agar sedikit sebanyak dapat kita mendekatkan diri kepada-Nya: 

1. Solat tahajud -   Kemuliaan seseorang mukmin dikatakan terletak pada tahajudnya. Mengamalkannya akan mendekatkan kita kepada-Nya dan mudah-mudahan dengan itu, doa kita akan lebih mudah makbul.


2. Membaca al-Quran sebelum matahari terbit - Sebelum kita keluar dari rumah pagi-pagi, eloklah jika kita dapar menatap al-Quran dan membacanya dengan pemahaman. Jika tidak berkesempatan, bacalah sekurang-kurangnya 3 Qul atau ayat Kursi sebagai ganti.


3. Kunjungilah masjid terutama sekali untuk solat Subuh. Sebelum kaki melangkah ke mana-mana, eloklah kaki melangkah ke masjid terlebih dahulu, bukan atas panggilan muazin tetapi panggilan Allah s.w.t. untuk mencari orang yang beriman untuk mengimarahkan masjid.


4.  Solat Dhuda - Mereka yang menjaga solat Dhuha dijanjikan rezeki oleh Allah s.w.t.

5. Bersedekah setiap hari - Orang yang bersedekah akan selalu didoakan oleh malaikat dan Allah s.w.t. juga menjanjikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk orang yang bersedekah. Bersedekah juga dikatakan dapat menyucikan harta dan juga dapat memberi kesembuhan daripada penyakit.


6. Jaga wudu secara terus-menerus kerana Allah s.w.t. menyayangi hamba-Nya yang kekal berwudu. Menurut Ali bin Abu Talib, " Orang yang berwudu akan senantiasa berasa dia selalu solat, walaupun dia bukannya sedang solat, dan dijaga oleh dua malaikat dengan dua doa, yakni agar dosanya diampuni dan agar sentiasa disayangi Allah s.w.t."   


7. Mengamalkan istighfar - Semoga dosa-dosa kita sentiasa diampunkan oleh Allah s.w.t. Zikir seperti ini juga amalan yang menjadi makanan rohani yang sangat penting untuk kesejahteraan spiritual kita. 


Mak Aji mengingatkan diri sendiri agar sebaik mungkin mengamalkan semua sunah yang diperturunkan. Semoga Allah s.w.t perkuatkan hati agar mampu menekuninya, insya-Allah!

Monday 26 December 2011

Cantik Punya Pasal

Kalau namanya perempuan, tiada yang tidak suka kelihatan cantik Demi untuk cantik ramai yang sanggup berbuat pelbagai perkara untuk mencapai maksud tersebut. Ini termasuklah mendapatkan suntikan Botox yang mahal harganya. Untuk mereka yang masih mahu kelihatan muda dan cantik tetapi tidak mampu menampung kos Botox, ada segelintir yang begitu kreatif menggunakan bahan lain sebagai alternatif Botox dan sanggup menyuntik sendiri bahan alternatif tersebut! Lihat gambar di bawah (sebelum dan selepas): 

Sebelum dan selepas
Semasa dijemput dalam sebuah rancangan TV

Seorang wanita Korea, Han Mi-ok yang ketagih suntikan kolagen telah menyuntik wajahnya sendiri dengan menggunakan minyak masak,  losyen bayi dan mentega untuk menjimatkan kos. Hasilnya Han Mi-ok kini dikenali sebagai “wanita kipas elektrik” (kerana muka dan kepalanya kelihatan besar manakala badannya kurus - kelihatan seperti kipas angin).

Janet Hardt
Janet Hardt, 63, mungkin tidak pernah membayangkan bahawa niatnya untuk menjadi cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti laporan dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.

Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak akan menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi lebih cenderung menyebabkan kesan sampingan yang biasa sahaja. Ramai orang yang mempunyai kesan alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka seperti terbakar. Mungkin itulah yang dialami oleh Hardt.


Sumber: http://lamankongsi.blogspot.com/2011/12/wanita-maut-kerana-suntikan-botox.html#

Janet Hardt mengeluh kerana wajahnya terasa seperti terbakar disaat-saat sebelum beliau meninggal. Kematian Hardt dipercayai kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada ramai orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan kaedah ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.

Pengajaran untuk kita: Bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Setiap ciptaan Allah itu cantik, dan dengan itu tidak perlu diubah-ubah lagi. Kecantikan wanita juga bukan untuk tatapan orang lain selain suami masing-masing sahaja. Jadi marilah kita sentiasa beringat-ingat sesama kita kerana sesungguhnya kita sering alpa dan sentiasa memerlukan peringatan!!


Aksi si Imran

Gelagat Imran melayan Tok Manya!:





Bagi hadiah bunga kepada Tok Ma!

Sunday 25 December 2011

Kemeriahan Krismas di One Utama

Mak Aji dan Cik Ning ke One Utama untuk membeli barang hantaran untuk kahwin anaknya yang bakal dilangsungkan pada raya cina nanti - set tali pinggang serta dompet dan juga jam tangan. Begitu banyak jualan murah di hampir keseluruhan One Utama. Kami dapat set tali pinggang pada harga yang cukup berpatutan di Jusco dan jam tangan dengan diskaun yang hampir 30% jenama Guess di Parkson. Di kedai Guess sendiri ada jam yang dijual dengan potongan harga sehingga 70% (cuma beberapa model jam lelaki sahaja)!! 

Suasana di situ umpama fairy wonderland!

Cik Ning dan Mak Aji


Ditakluki Cucu!

Bila anak cucu balik, Mak Aji dan Pak Aji seolah-olah ditakluk oleh mereka - apa tidaknya, hendak gunakan komputer pun sudah tidak boleh! TV pun sama - kartun seharian! Lihatlah mereka yang sibuk dengan Ultraman: 





Mengeratkan Silaturrahim - Merisik

Orang beragama Kristian sibuk merayakan Hari Natal, kami sekeluarga tumpang sibuk dengan acara keluarga - merisik untuk anak yang keempat, Hanif. Kami ke Alam Damai, kawasan yang Mak Aji sebenarnya, walaupun berpuluh tahun tinggal di KL, amat tidak biasa (orang kata boleh jual, takut tak laku aje!). Rombongan kami berenam sahaja. Asalnya Hanif dan Boy tukang tunjuk rumah sahaja - akhirnya dijemput masuk sekali sebab datuk Nadia (bakal menantu) ingin mengenalinya. 

Pak Aji dengan Mak Aji ditemani Kak Long, iaitu Cik Ning dan Abg. Him (abang ipar - jurucakap pihak lelaki). Berbekalkan tiga hadiah berikut dan cincin merisik (serta cincin sebentuk untuk kakak sulung Nadia sebagai hadiah) kami membawa hajat kami:     

kek lobak merah yang dibuat oleh Sarah (Subang Bestari)
Apam polka-dot hasil tangan Aieyda
Kain sepasang 
Kami membawa buah tangan terdiri daripada kek lobak merah, kain untuk sepasang pakaian, dan apam polka-dot. Setelah perbincangan berjalan lancar dan selesai, kami diberi jamuan makan tehgah hari oleh keluarga mereka yang terdekat. Alhamdulillah murah rezeki kami dan berselera kami makan! Berikut gambar kunjungan kami:

Cik Ning, Nadia, Mak Aji dan Mak Nadia
Lagi sekali
Nadia dan Mak Aji
Atuk Nadia, bapa Nadia, bapa saudara Nadia, Abg Him dan Pak Aji
Insya-Allah berbesan kita nanti ya Zu!
Alhamdulillah selesailah satu bab, ada dua bab lagi yang bakal ditempuh, bertunang dan menikah yang masing-masingnya insya-Allah bulan Rabiulawal dan selepas Syawal nanti!

Terima kasih banyak-banyak Abang Him dan CikNing yang sanggup turun ke KL dari Kota Bharu untuk menjayakan acara pada hari ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Nadia sekeluarga kerana menerima kunjungan dan menerima baik hajat kami. Semoga hubungan kekeluargaan akan semakin erat insya-Allah!

Kalau mereka yang minat dengan Lisa Suruhani dan juga Yusry sibuk membincangkan hari bahagia mereka yang tentunya akan disambut meriah, Mak Aji tentunya akan mengadakan majlis yang serba sederhana yang akan bakal dihadiri keluarga terdekat, kawan rapat dan jiran sahaja - very small and private affair - lagipun, insya-Allah ketika itu Mak Aji sudah berpencen, duit pun sudah tarak, tinggal serdak aja, maka begitulah majlisnya nanti!! Walaupun begitu, diharapkan meriah juga, insya-Allah!!

Thursday 22 December 2011

Projek DIY: Cuba Teka Apa Ini??

Beberapa minggu lepas Pak Aji tunjuk projek DIY-nya kepada Mak Aji. Berikut gambarnya: 

Cuba teka apa ini!
Pak Aji kitar semula kayu daripada katil lama yang sudah patah. Hasilnya sebuah rostrum untuk al-Quran! Masalahnya sekarang, al-Quran sedia ada saiz tulisannya tidak cukup besar untuk dibaca tanpa teropong (cermin matalah tu!). Jadi, Pak Aji sedang tercari-cari al-Quran saiz XL! Yang terjumpa setakat ini ada dua versi, yang bertajwid dan yang tanpa tajwid. Harganya tentulah banyak beza! Sekarang sedang mempertimbangkan yang mana yang berkenan di hati pada harga paling rendah.  

Kota Bharu

Orang kata kalau balik kampung dan tidak singgah ke pasar ini, macam tidak sah balik kampung (saja nak cuit Dieyana!!). Lebih-lebih lagilah kalau orang luar Kelantan yang berkunjung ke Kelantan! Mak Aji pernah melihat rakaman gambar pasar ini dari atas menggunakan fungsi mata ikan (fish-eye), menarik sekali. Tempoh hari Mak Aji perasan macam ada fungsi itu pada kamera tetapi tak ada rezeki semasa ke pasar itu sebab tidak terjumpa pula. Apapun Mak Aji ambil saja fungsi biasa, cuma kurang puas hati. Saksikan warna-warni di Pasar Siti Khadijah, tempat kaum hawa memonopoli suasana!: 

pandangan dari tingkat paling atas
Ada ubi badak, sare (utk buat kerabu sare - sedap!!), asam keping, .....
Lagi pemandangan dalam Pasar Siti Khadijah
Penjualnya - kaum hawa
Selepas makan di White House, kami ke kawasan sekitar Istana Balai Besar dan juga Istana Jahar. Berikut rakaman gambarnya, termasuklah gambar Bank Pitis (duit):

Pintu hadapan Istana Jahar
Bukan, bukan, bukaaaan, ini bukan Wakaf Che Yeh, itu lain!!!
Juga terdapat dalam kawasan Istana Jahar
Papan tandanya
Orang Kelantan menggelarnya Quran Besar (di atas tiang)
Pintu hadapan Istana Balai Besar
Wang perbendaharaan negeri Kelantan pernah disimpan di sini!!
Ni dia banknya
OKB Melawati bolehlah tempah bank pitis untuk simpan duit tu!!
Cuba bayangkan bank pitis ini kita punya dan di dalamnya penuh padat dengan pitis dan juga barang kemas kita, butang baju kebaya tiga beradik yang berbentuk duit syiling besar tu, rantai tangan besar (macam mak cik kat pasar dok pakai!), loket serta cincin berlian kita, set batu delima ....... banyaknya!!! Oh ya, mutiara Mikimoto kita, jongkong emas .... eh banyaknya!!! Banyak harta susah mati tau! Sayang nak ditinggalkan. Bila mati nanti ada orang sebelah kita tu guna buat duit hantaran ...adusss!! Kensel, tak payahlah bank pitis!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...