Followers

Friday 3 February 2012

Beli 1 Percuma 1

Petang semalam selepas balik dari ofis, Mak Aji singgah ke sebuah kedai perabot di Kg. Melayu Subang untuk meninjau almari kasut yang sederhana besar, yang harganya juga tidak mahal, untuk menempatkan kasut sukan yang tiada berumah.

rumah kasut sukan (beli yang ini .......)
Sambil membuat bayaran, Mak Aji terpandang sebuah meja kayu berpermukaan marmar, agak lusuh di hadapan kedai. Mak Aji menghampirinya sambil menanya tuan kedai, "Yang ini jual ke?" "Tak, kalau nak ambil, percuma sahaja, bawa lori sahaja boleh angkat," katanya. "Biar betul," bisik hati Mak Aji. 
Mak Aji terus menyanggup hendakkan meja itu dan akan kembali mengambilnya kemudian nanti (macam American Pickerslah pulak!).

meja lama (dapat yang ini!!!).
retak pada marmarnya.
Sebenarnya permukaan marmar itu sudah retak separuhnya tetapi masih OK lagi. Esok, Mak Aji minta bantuan kawan anak Mak Aji untuk mengangkatnya untuk dibawa balik ke rumah dengan pick-up Nissan Navaranya.

Catatan: Somebody's trash is somebody else's treasure!!! I sure love this treasure! Like getting an unexpected gift.

4 comments:

MONIE said...

percuma - mesti suka. Sapu varnish tentu cantik. Cari penampal tutup rekahan. Meja ni mahal, cuma berat. tahniah sebab tambah perabot rumah.

Ummu Madihah said...

Ya, percuma memang semua suka. Tambah perabot tapi rumah saiz cenonet, itu pasal letak kat luar je.

- dieyana - said...

dieyana pun tgh cari rak kasut juga nih..heheh.

mak aji mcm ayah saya (Ba), suka sesuatu yang 'bernilai' @ mungkin sesuatu yang klasik macam meja bulat mak aji tu...

Ummu Madihah said...

Mak Aji beli yg ni br rm130 je (hg asal rm170, muat 12 psg kasut sukan. Cuma tuan kasut aje yg entah bila nak bersukan, udah mcm belon skrg!

memang gitulah org2 yg usianya begini, byk bernostalgia, suka brg2 lama, se'lama' tuannya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...