Followers

Monday, 6 February 2012

Al-Quran Besar Pak Aji

Hari ini cuti ganti sebab Maulid jatuh pada hari Ahad, iaitu semalam. Jadi hari minggu ini cukup panjang. Selepas solat Zuhur tadi Pak Aji ajak ke Jalan Tuanku (once in a blue moon!) untuk berkunjung ke kedai buku yang sederet dengan Kamdar. Mak Aji lupa pula namanya. Kedai buku yang banyak menjual buku terutama buku agama itu penuh dengan pengunjung yang sebahagian besarnya pelajar - tentunya untuk menunaikan baucar buku! 

Pak Aji mahukan al-Quran besar yang sudah lama diidamkannya. Al-Quran itu berserta dengan tajwidnya sekali, dan katanya harganya termurah di situ - di Kompleks PKNS Shah Alam katanya lebih mahal, dan di Jaafar Rawas Kota Bharu, yang ada yang tiada tajwid. 
Saiz tulisannya besar dan boleh dibaca sambil berdiri semasa solat!
Semasa kami dalam perjalanan balik ke kereta, seorang lelaki menegurnya, bertanyakan sama ada membeli al-Quran tersebut untuk masjid - agaknya dia pun sudah lama mengidam yang sama! 

Pak Aji  meletakkan al-Quran di atas rostrumnya. 
Apa lagi, sebelum solat Maghrib, Pak Aji sudah siap-siap letak pada rostrum DIY-nya. Semasa solat Maghrib dia sudah siap baca surah daripada al-Quran tersebut. Berseri-seri mukanya seronok! Katanya kalau al-Quran sebesar itupun masih tidak dibaca lagi, entah apa lagi alasan yang hendak diberi??!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...