Followers

Tuesday 14 October 2014

Cuci Mata di Jalan TAR

As-salam.

Mak Aji jarang turun ke KL - al-maklumlah orang pencen, malas Mak Aji meredah kesesakan KL kalau tiada hal penting. Lewat pagi tadi Pak Aji ajak menemankan dia untuk menghantar tamu balik ke Singapura. Tamu bertandang selama sehari dua di rumah - kawan kepada Asraf, anak bongsu Mak Aji. Mak Aji mahu juga keluar sebab Pak Aji pancing dengan nasi kandar (Jomlah ikut, nanti kita makan nasi kandar! Begitu kata-kata manisnya! Terbayang kesedapan nasi kandar, Mak Aji pun ikutlah).

Masuk sahaja ke lebuhraya PLUS, di kiri kanan jalan terdapat pelebaran jalan hingga ke 4 lajur! Terkejut Mak Aji - punyalah lama tidak keluar rumah! Mak Aji percaya, kesesakan akan reda sedikit sekejap sahaja tu, nanti sesak juga lagi tu - kereta makin banyak! 

Makin banyaklah bahagian sisi jalan termasuklah bukit yang ditarah untuk tujuan pelebaran jalan tersebut. Jalan lengang sebab masing-masing sudah sibuk di pejabat (balik ke rumah perlu sebelum mereka keluar pejabat!) 

Setelah menghantar tamu ke KL Sentral, kami terus ke Jalan TAR. Pak Aji mahu cari buku di Pustaka Mukmin - keluar tangan kosong sebab katanya buku yang dimahukan agak mahal - beli sahaja nanti di Surabaya waktu kami ke sana nanti pada awal Januari, insya-Allah - jauh lebih murah! Sementara Pak Aji di kedai buku, Mak Aji meninjau-ninjau kedai berdekatan - ke Princess (ada jualan hingga 30% Scholl namun tiada yang betul-betul berkenan di hati. Tinjau lagi jubah - pun tiada yang berkenan - agak sempit di pinggul (kena beli jubah Arab jugalah yang berpotongan payung). Mak Aji masuk ke kawasan arked - kain pasang RM10 sepasang?? Puas jurujual mengecek Mak Aji untuk membeli - Mak Aji sudah tidak pakai baju bunga-bunga, sekarang pakai seragam hitam sahaja! Bagus juga ya, selamat duit aku! He he!! 

Mak Aji menyeberang ke Bata sebab kelihatan ada jual murah - keluar tangan kosong juga sebab tiada yang berkenan dan jurujual juga sibuk berborak sesama mereka! Apa daaaa!

Sebelum kembali ke kereta kami sempat mencari rempah beriani di bangunan sebelah Semua House. Dapatlah beberapa kotak rempah beriani daging/kambing serta ayam. Suasana di sekitar Jalan Bunus agak meriah sebab raya Deepavali sudah dekat - banyaklah barang keperluan untuk Deepavali dijual. Akhirnya sebelum balik kami mencari nasi kandar di kedai nasi kandar Mohd Yaseen, juga di Jalan TAR.  

Kali ini kami tidak perlu beratur sebab waktu sudah hampir jam dua petang.
Mak Aji makan lagi lauk yang sama seperti kali akhir ke sini.

Sebelum balik, kami sempat menyinggah ke sebuah kedai yang menjual barang makanan dan sebagainya dari negara Arab - betul-betul setentang dengan restoran nasi kandar ini. Namanya Suria Wholesalers - mereka menjual dari makanan, pakaian, barang dapur serta ayat-ayat suci sebagai hiasan dinding. Sempat kami beli sedikit barang dapur - kacang pol dalam tin, rempah ratus, pes tomato, buah zaitun, serta beberapa jenis teh. 

Setelah selesai kami terus balik agar sempat Zuhur di rumah. Seronok juga sesekali cuci mata di Jalan TAR!




4 comments:

Siti Suhana said...

Hamboi Mak Aji, best nyer berpeluang ke jln TAR ekk. Pastu hebat gak tahan semua godaan maklumlah dah tak keje dah kans..

memang tabik Mak Aji..janji dapat makan dan temankan suami...hehe

Ummu Madihah said...

Salam Sue,

Lama tak 'nampak' kat sini! Mak Aji banyak terperap kat rumah sekarang, drive pun jarang, asyik pakai drebar je. Seronok pulak jadi mem nih! Memang yalah Sue, dah pencen ni, dok pakai seragam jubah hitam je, kain bunga2 tak main dah, banyak yang dah sedekah kat org. Takde lagi bil dry-cleaning! Dulu gaji habis entah apa yg dibelanjakan, skrg alhamdulillah macam sama je! Pak Ajilah jadi kawan (dan juga lawan sekali-sekala, he he!) Tak gaduh sekali sekala tak seronok pulak!

Siti Suhana said...

alhamdulillah Mak Aji..syukurlah. itulah kehidupan yg sebenar. Suami adalah peneman gaduh2 manja. Lagi seronok dapat duduk di rumah-buat perkara yg kita suka-memasak-leka membelek pokok bunga dll-melayan cucu. Alhamdulillah.

Betul kan Mak Aji, bila dah tak keje ni, takdelah pk nak beli baju bagai...
tp teruja beli 'toy' masak bak kata kak monie...hehe

Ummu Madihah said...

Salam Sue,

Mak Aji jenguk2 jugalah melalui FB hal2 ofis dulu cuma malaslah nak ambil tahu sangat - dunia Mak Aji dah jauh berbeza drp dulu! Betul tu, beli mainan masak2 yang paling best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...