Sekadar hiasan |
Untuk makan tengah hari Mak Aji ajak anak-anak dan anak buah ke Restoran Periok untuk makan nasi beriani dan yang paling Mak Aji hajatkan, ABC-nya! Pertama kali makan terus tertawan - harga sekitar RM3, tidaklah manis sangat (kena dengan selera), cukup tambahannya - kacang dan segala macam. Niat di hati Mak Aji hendak merakamkan fotonya untuk tatapan bersama - hajat tidak kesampaian sebab - alasan restoran - pembekal ais tidak membawa bekalan ais utk dibuat ABC pada hari itu! To me, such a lame excuse! Sepatutnya diusahakanlah agar pengunjung tidak kecewa! Memang besar hajat sejak dari rumah lagi, namun tidak terpenuh. Apa hendak dikata, tiada rezeki! Lain kali sahajalah.
ABC tidak ada tetapi nasi beriani tetap ada, tidak apalah, hadaplah sahaja rezeki yang di hadapan mata. Selepas menempah satu beriani kambing untuk Boy, 3 beriani ayam untuk Mak Aji dengan Hanif serta Alif, kami makan dengan minuman masing-masingnya, soda bandung (manis sangat untuk Mak Aji - sudah cakap agar dibancuh kurang manis), nescafe periok (memang pelik soda ditambah kepada nescafe - dari segi rasa, memang pelik - sekali cuba terus tutup buku!), Alif pula penakut lantas meminta teh ais sahaja - pilihan selamat - you can never go wrong with teh ais!
Tunggu kau ABC - I will come again one fine day!
No comments:
Post a Comment