As-salam.
Lama betul Mak Aji tidak membakar apa-apa, membakar sampah pun tidak, he he!
Dalam dok melayan FB, banyaklah resepi yang bagus-bagus ditemui dan antara yang agak-agak mudah dan kelihatan memikat hati sebab ramai yang memberi respons positif ialah kek minyak ini. Cuba lihat foto sebelum adunan kek dibakar (cantik pulak ya!).
Harap-harap kek ini akan cantik juga bila masaknya nanti! |
Bila kek sudah masak, bunga hilang entah ke mana! |
Dari luar kelihatannya cantik sahaja, kan! Elok sahaja Mak Aji berpaling belakang daripada merakan foto kedua, keknya turun! Hasilnya kek menjadi bingka - bantat! Apapun alhamdulillah rasanya sedap! Nak kena cuba lagi resepi ini. Mungkina ada bahan yang kurang??
8 comments:
Asmk Mak Aji. Tahniah atas usaha Mak Aji yg bsungguh2 mencuba resepi kek minyak dll.
Setahu sayalah Mak Aji, kalau lorek kat adunan cheese atau kek marble, barulah ada lagi kesan lorekan itu. hehe..kalau kek lain susah sikit, akan hilang dek bakaran api...
jgn putus asa tau Mak Aji...
Salam Su,
Alahai keciwa sungguh hati ini bila kek yang mulanya naik elok pastu turun! Segan pun ada jugak terutama dengan Su yang dah pakar ni!
Assalamualaikum Kak,
Jangan putus asa kak. Teruskan usaha. Abah saya selalu pesan, bila saya cuba resepi baru tapi tak berapa nak menjadi, jangan putus asa. Mungkin kali ni jer tak jadi, lain kali mesti jadi. Allah sengaja tetapkan begitu biar kita tak riak kalau setiap kali mencuba sesuatu pada pertama kalinya terus menjadi dengan sempurna.
Apa-apapun saaya suka betul tengok lorekan akak tu. Cantik....
Waalaikumussalam Da,
Oklah Yang nanti akan cuba lagilah. Lorekan cantik dah cuma bila dah siap je yang kureng menjadi!
Takdelah pakar mana Mak Aji. Kak Aida lagi pakar kak. Saya budak baru belajar...hihi.. Betul kata ayah kak Aida. Jangan putus asa. Teruskan mencuba dan bertanya kawan kenapa hasilnya jadi macam tuh. Kita takkan berjaya atau jadik pakar kalau tak selalu mencuba dan terus mencuba.
Cuma satu je, bila dah dapat aura membaking bagai, hmm memang best...ada je benda nak dicuba, kan kak Aida...hihi.
lagi2 dah dapat kekalkan momentum atau cara memasak yg betul...hehe..
caiyuk2 Mak Aji...kami penyokong setia Mak Aji...
Salam SU,
Cayalah u all berdua ni, memang dah pakarlah tu! Berkat batu ronson Su, semangat membara lagui. Br tadi siap pai epal. Pasni nak try pizza pulak, he he!
He he, alhamdulillah ada penyokong setia, tolong sambut ya kalau tumbang!
Ngehehe! Takpe mak aji..practice makes perfect :)
Salam QA,
Betul tu, dah hampir perfect dah cuma hitam manis sikit. Next time akan jadi kuning langsat pula, baru ngam!
Post a Comment