Followers

Wednesday 28 November 2012

Jamu Hantu!

As-salam.

Dalam seminggu dua ini hampir setiap hari Pak Aji mengulang ke kedai runcit Kak Ton untuk membeli durian dari dusunnya sendiri (jiran kami semasa kami masih tinggal di rumah lama di atas bukit - kawasan dusun). Harganya sekitar RM5.00 sekilo, Dari segi rasa alhamdulillah, kami amat berpuasa hati!!

Untuk tempoh seminggu dua ini jugalah kami makan entah berapa kilo durian mentah, makan pulut durian, taruh dalam budu untuk dimakan dengan nasi dan juga pengat durian. Yang belum buat lagi kek dan crepe durian, he he!! Itulah dia penangan durian terhadap beberapa orang (ekorkah??) hantu durian di rumah ini! Jadi hantu durian dijamu dengan durian dalam pelbagai bentuk! Ini dia pengat yang disediakan pada lewat pagi ini untuk dimakan dengan pulut:

Pengat durian - jom makan!!



Telefon Masuk Air

As-salam.

Pada malam kami balik dari Kota Bharu pada minggu lepas, Pak Aji menyinggah untuk membeli durian untuk cucunya (durian lagi!!). Oleh sebab but belakang penuh dengan barang maka durian terpaksa diletak di kaki Mak Aji. Dalam kelam kabut membuka pintu kereta,  tas tangan Mak Aji yang berada di atas riba terjatuh ke tanah, terus bertabur isi dalamnya - dompet dan telefon bimbit dan lain-lain! Bahagian bawah telefon bimbit terkena air lopak! Bila dilap nampak tiada apa-apa tetapi apabila dicas baterinya, cas tidak masuk! Hati banyak susah!! 

Along pula mengapi-apikan Mak Aji supaya membeli Galaxy Note yang harganya sudah sedikit mampu beli. Jadi beberapa hari selepas itu kami keluar mencarinya di Subang Jaya - sebuah kedai yang menjual di Lelong.com. Kedai itu penuh dengan pelanggan! Harganya juga jauh lebih murah berbanding di kedai lain. Sudahnya Galaxy Note menjadi kepunyaanku! Mahu di trade-in Galaxy SII, boleh juga tetapi Mak Aji rasa Pak Aji boleh gunakannya setelah dibaiki. 

Setelah diperiksa dengan teliti rupa-rupanya bahagian bawah telefon Mak Aji sudah masuk air dan mula berkarat. Maka setelah membayar RM90 untuk alat ganti dan upah membetulkannya, telefon sudah elok seperti sedia kala.

Note di kiri dan tuan punya SII yang baru, Pak Aji - senyum dapat telefon baru!



Internet Oh Internet

As-salam.

Dalam seminggu ini Mak Aji mengalami masalah talian internet. Pada mulanya relaks sahajalah sebab ingatkan masalah timbul sebab hujan. Namun setelah cuaca baik dan di luar terang benderang tanpa setitik hujan dan masalah masih berpanjangan, maka jelaslah bukan lagi kerana hujan!

Pagi semalam Boy membuat aduan kepada pihak TM dan pagi ini alhamdulillah masalah selesai - macam hendak beku otak dek internet terputus. Banyak urusan tergendala. Bila agak penting sangat terpaksalah Mak Aji gunakan talian internet di telefon bimbit sebagai 'ibu' untuk menarik talian internet (alamat melambunglah bil telefon nanti - argh!!!!). Sudahlah kena bayar talian Streamyx, kena pula bayar lebih untuk talian internet telefon bimbit!!

Frust menungging!


ABC Bikin Sendiri

As-salam.

Beberapa hari lepas, cuaca agak panas di sebelah petang dan Mak Aji terfikir untuk membuat ABC sendiri di rumah menggunakan pengisar yang boleh menghancurkan ais. Oleh kerana kali ini tiada air yang dimasukkan ke dalam pengisar itu, maka hasilnya tidaklah seperti yang dihasilkan di kedai makan. Apapun, kalau setakat untuk menghilangkan rasa teringin akan ABC tanpa perlu keluar.

Mak Aji terjumpa buah kabung di Econsave, di Bandar Baru Sungai Buloh, lalu terus membeli kacang merah serta jagung dalam tin, dengan niat untuk membuat ABC.

Inilah hasilnya setelah dimaniskan oleh hanya sirap strawberi dan aiskrim:

ABC enjoyed at the veranda on a hot Sunday afternoon!!
ABC satu!!!!

Sunday 25 November 2012

Nasi Ayam Termurah! - RM1.90

As-salam.

Semasa di kampung tempoh hari, Pak Aji ada menunjukkan gerai makan sekitar 1 km dari bandar Jerteh menuju ke Kampung Raja (di kiri jalan). Semasa kami lalu gerai makan tersebut penuh dengan pelanggan. Keesokan harinya sekitar tengah hari kami menyinggah untuk merasa nasi ayam termurah itu.

Pernahkah anda makan nasi ayam sepinggan dengan harga semurah RM1.90?? Seperti biasa, nasi ayam ini disertakan dengan seketul ayam, salad, timun serta tomato dan juga sos cili, sup ayam  dan kicap! Kesemuanya dengan harga semurah itu!! Saksikan foto yang dirakam:

Set nasi ayam (supnya tidak kelihatan).
Senarai harga makanan di gerai ini.
Inilah gerai makan Astaka.

Rupa-rupanya dengan RM2.00 anda masih boleh dapat nasi di Jetrteh! Airnya tentunya sky-juice sahajalah, he he!!

Dari segi rasanya, alhamdulillah boleh tahan. Cuma kami tambahkan lauknya sebab agak terkurang sedikit!




Ikan Bakar Zul di Kuala Besut

As-salam

Entri ini juga entri tertunda semasa kami balik kampung tempoh hari. Untuk makluman anda yang pernah sampai ke Kuala Besut, tentu anda tertanya-tanya tentang tempat makan yang bagus, apalagi apabila anda tahu yang tempat itu berdekatan laut - tentukan makanan laut yang segar!

Kami berkesempatan menyinggah ke suatu tempat yang sudah beberapa kali Mak Aji terpandang tetapi belum sempat singgah. Alhamdulillah tempoh hari rezeki menyebelahi kami dan sempat kami menikmatinya:

Zul Ikan Bakar.
Penuh dengan pengunjung.
Papan tanda di kedai makan ini.
Sibuk membakar makanan laut yang ditempah.
Semasa angin budak-budak masih baik sebab terpaksa tunggu lama untuk makan.
Sampai sahaja ke meja terud ngapp sebab terlalu lama menunggu!!

Kami terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan makanan dek kerana terlalu ramai pengunjung. Walaupun begitu memang berbaloi kerana apa yang kami dapat memang menuaskan hati - cukup sedap ikan, sotong serta pari bakar kerana kesemuanya segar dari laut!!

Sesiapa yang berkunjung ke sana, rugilah jika tidak mencubanya!!!



Pantai Demong, Kuala Besut

As-salam.

Tempoh hari kami menginap semalam di Demong Beach Resort, Kuala Besut. Usai solat Subuh dan sebelum matahari naik, kami keluar ke pantai. Saksikan foto yang sempat dirakam di pantai yang cukup permai:

Matahari naik.
Pulau ru di kejauhan.
Imran dan Naufal bermain pistol buih.
Peace!
Along melayan anak-anaknya.
Tok Abah serta anak dan cucu-cucunya.
Masya-Allah cantik, kan!
Terjumpa ketam.
Penjala dengan hasil tangkapan.
Ikan apa entah yang ditangkap.




Game 'Tutup Mulut, Tutup Mata'

As-salam.

Dalam seminggu ini dan seminggu lagi Mak Aji ditemani cucu-cucu yang berusia 3 dan 5 tahun (anak Along). Riuh rendah rumah kami dengan kehadiran mereka. Semasa kami balik kampung tempoh hari, setelah kami seharian dalam perjalanan ke Kota Bharu, keesokannya kami masih belum hilang letih. Mak Aji dan Along mahukan rehat tetapi agak sukar sebab mereka berdua masih cergas dan tidak mahu tidur. Mak Aji terfikirkan suatu game - Tutup Mata, Tutup Mulut. Sesiapa yang paling lama boleh tutup mulut dan tutup mata, maka dialah johan. 

Percaya atau tidak, dalam masa beberapa minit suasana bertukar aman, senyap sunyi sebab kedua-duanya memang tutup mata dan tutup mulut dek kerana mahukan menang game tersebut!!

Menahan gelak apabila tutup mata dan mulut!
Untuk anda yang mahukan suasana aman buat seketika, cubalah game ini!! He he he!!



Thursday 22 November 2012

Layan Lampu Murah

As-salam.

Pagi ini kami bertolak ke Bandar Salak Tinggi untuk menjemput Cik Ning di Hotel Empress untuk dibawa ke kedai lampu murah di Bandar Puchong Utama. Misi kami, meninjau dan membeli lampu rumah untuk adik Mak Aji yang akan masuk ke rumah barunya (insya-Allah kalau ada rezeki dalam masa yang terdekat ini) di Kota Bharu.

Jom kita layan foto yang diambil di kedai tersebut:

Lampu berserta kipas (yang berpusing perlahan) sesuai untuk bilik anak-anak!
Lampu dinding kristal yang sesuai untuk ruang tamu dan ruang makan.
Lampu kristal tiga serangkai (Cik Ning punya).
Chandelier untuk ruang tamu.
Ini pula lampu chandelier cantik yang harganya RM100 lebih shj.
Kipas berserta lampu berharga RM400 lebih (dengan mentol sekali).

Foto terakhir ialah kipas berserta lampu yang sesuai untuk ruang makan/keluarga. Perhatikan bahagian atas foto (lupa pula untuk merakam fotonya). kipas itu harganya sama dan Mak Aji rasa cukup sesuai untuk ruang balkoni/porch sebab rupanya agak santai dan cukup menarik sekali! Mak Aji layan ajalah.



Hantu Durian

As-salam.

Along dan dua cucu Mak Aji sekarang berada di rumah untuk tempoh beberapa hari sementara menantu Mak Aji berada di luar negara atas urusan kerja.Riuh rendah rumah Mak Aji dek gelak ketawa dan tangis mereka. Dapur asyik tidak putus berasap untuk memberi mereka makan. 

Imran, cucu yang kedua rupa-rupanya hantu durian seperti juga umi dan tokmanya! Celik sahaja mata pagi-pagi durianlah yang dimintanya dahulu! Jenuh tok abahnya melayan dengan berulang kali membeli durian. Percaya tidak, sekali hadap selesai sampai lapan ulas dek budak kecil berusia tiga tahun ini!:

Imran dan Naufal bermain buaian.
Hantu durian sedang menikmati durian! Lihatlah perutnya tu!



Monday 19 November 2012

Majlis Kenduri Kahwin Nor

As-salam.

Majlis kenduri kahwin adik Mak Aji, Nor Amalina telah diadakan bersekali dengan majlis sambut menantu, iaitu pada 17 November 2012. Berikut foto sekitar majlis tersebut yang diadakan di rumah Su (emak tiri Mak Aji) di Taman Seri Aman 1, Pasir Puteh, Kelantan:



Dari hadapan rumah.
Gerbang menyambut tetamu.

Model cilik, Irin Irsalina, anak buah Mak Aji.
Dari dalam khemah.
Singgahsana.
Meja pengantin.
Syaida, Cik Ning dan Imran posing dahulu.

Cik Ning dan Su serta Along dan anak-anak.
Mak Aji pun enter frame juga!
Pengantin berposing selepas akad nikah.




Cik Ning dan Syasya. Entah apa yang dijelingnya ya!
Kawan lama, Wan Besah dengan cucunya serta seorang rakan guru.
Mak Aji dan Wan Besah.
Bersedia menunggu suami tiba!
Pengantin lelaki tiba.
Pengantin perempuan keluar menyambut pengantin lelaki.




Suasana di khemah.
Cik Na (adik Mak Aji).

Su melayan tetamu yang datang.
Bila pula giliran Irfan dan juga Anis dengan pasangan masing-masing??
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu.
Penyambut tamu berehat seketika.
Lamanya rehat!
Bunga telur.



Beria-ia nampak Pak Aji makan!
Pergola hiasan di khemah.


Selesailah sudah majlis, semoga Nor dan Zarol bahagia di dunia dan akhirat nanti serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, amin!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...