Followers

Saturday 11 February 2012

Hantaran Pertunangan Hanif (the Making of...)

Mak Aji balik ke rumah awal pada hari Jumaat kerana urusan keluarga - membuat persiapan untuk pertunangan anak Mak Aji yang keempat, Hanif. Cik Ning dan suami sudah sampai dari Kota Bharu pada malam tadi. Pada hari ini adik-beradik lain dari Perak akan turun ke KL untuk majlis pada hari Sabtu. Anak Mak Aji yang dari Skudai pun turun ke KL. Jadi mereka akan berkampung di rumah. 

Selepas selesai makan malam, Mak Aji, Cik Ning serta dua anak perempuan Madihah dan Along ke rumah adik di Pandan untuk menyiapkan hantaran. Macam biasa Mak Aji sedikit tersesat kerana kurang biasa dengan kawasan tersebut. Sebaik sampai kami terus mula dan kami hanya selesai sekitar jam 2.30 pagi!! Elok sahaja selesai, kami terus angkut hantaran dan balik ke rumah.Kami tiba sekitar jam 3.30 pagi. Mak Aji hanya masuk tidur sekitar jam 4.00 pagi! Hanif bertunang sekali sahaja, insya-Allah! 

Berikut beberapa foto sekitar the making of... hantaran Hanif:

bakal digubah sirih pinang
tempat letak kek
Cik Ning sibuk menyucuk baby's breadth (bunga putih kecil). 
bunga ros dengan baby's breadth

menggubah sirih dengan bunga pinang dan lain-lain.
bekas untuk kek cawan
finishing touches ...
kain lace untuk nikah nanti.
   

2 comments:

MONIE said...

Puan, boleh fikirkan kursus prapencen - hiasan seperti hantaran, hamper, hadiah dll. Pn Amilah Adbul Rahman pernah mengikuti kursus hamper.

Ummu Madihah said...

memang pun, belum sempat buat appointment dgn Amilah lg, nak bw dia jumpa florist yg Amilah ikuti kursus tempoh hari. Ingat nak mula pertengahan bulan Mei nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...