Followers

Tuesday, 7 February 2012

Telefon Bimbit Cas Sendiri!

Telefon Nokia model E-CU

Pernahkah anda mengalami situasi ini? – Anda baru sahaja keluar dari rumah dan anda perasan bahawa bateri telefon anda hampir habis. Pengecas pantas dalam kereta baru semalam anda keluarkan daripada kereta semasa anda membersihkan kereta! Apabila telefon habis terus baterinya tiada siapapun boleh menghubungi anda dan anda juga tidak boleh menghubungi sesiapa. Inilah antara perkara yang paling mengganggu kita pada masa kini.

Bagaimana agaknya jika masukkan sahaja telefon ke dalam kocek dan masalah anda akan selesai? Ini kerana haba daripada tubuh kita akan mengecas semula telefon itu!

Seorang pereka British, Patrick Hyland telah bekerjasama dengan Nokia untuk mencipta suatu telefon konsep yang dinamai E-CU: iaitu 'E' untuk eko dan 'CU' untuk tembaga. Telefon ini diselaputi ‘kulit’ tembaga yang amat konduktif, diukir padanya corak yang menyerupai bumi yang merekah untuk tujuan menambahkan kawasan permukaan.

'Kulit' tembaganya menghantar haba ke penjana haba yang sedia terbina di dalamnya, yang kemudiannya mengubahnya menjadi elektrik. Telefon ini boleh dicas juga dengan hanya meletakkannya berhampiran dengan mana-mana sumber haba : alat pemanas, di atas badan kucing anda yang sedang tidur (hahaha!) atau hanya di dalam kocek anda. Inilah salah satu contoh arah aliran terkini untuk memanfaatkan haba daripada tubuh manusia sahaja, sama ada melalui haba atau pergerakan (rujuk 'Kinetic energy converters step up').

Terdapat sekitar 62.5 juta telefon bimbit di UK sahaja, dan semakin bertambah penggunaannya, semakin banyaklah tenaga yang diperlukannya. Keperluan untuk mengecasnya tanpa menggunakan sumber tenaga menyebabkan timbulnya keperluan untuk mencari penyelesaian. Ini termasuklah dengan mengecas menggunakan tenaga wind-up (umpama memutar punat pada jam tangan pada suatu ketika dahulu kut?), menggunakan PV solar, hinggalah ke sel bahan api mini-hidrogen. Mengikut Hyland, reka bentuk seperti ini mempunyai potensi besar untuk mengurangkan pembaziran. "Lima puluh satu ribu tan pengecas telefon dibuang setiap tahun," katanya. "Ini boleh dielakkan apabila kita menggunakan peralatan yang boleh mengecas dirinya sendiri."

Hyland bagaimanapun sedar bahawa, sekurang-kurangnya untuk masa sekarang, tenaga haba merupakan bentuk tenaga yang belum begitu berkembang maju. "Namun begitu, permintaannya memang ada", tegas beliau. "Saya sememangnya tidak menjangkakan respons yang sebegini [terhadap idea saya] selepas yang menyiarkannya di web."

- Shirley Mann


Catatan: Agaknya orang yang jenis pelupa perlu ada telefon seperti ini! Harganya tentulah tinggi kut! Wallahualam! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...