Followers

Tuesday 29 April 2014

Kari Ikan Mangga Telur

As-salam.

Semalam Mak Aji masak kari ikan kembung dengan mangga telur (orang Kelantan gelar pauh ringan). Itu merupakan salah masakan kegemaran Mak Aji. Kalau inilah hidangan yang arwah ibu Mak Aji masak, alamat makan nasi dengan tangan dan juga sudu (untuk menghirup kuahnya). Alamat banjirlah kari di dalam pinggan! 

Semasa balik kampung tempoh hari ada kawan Pak Aji memberikan beberapa biji mangga telur dan juga 3 biji mangga jenis lain. Asala nampak mangga telur memang terbayang kari ikan! Cuba lihat karinya:

Kari ikan mangga telur!
Mak Aji masak kari ini seperti juga kari ikan lain, cuma Mak Aji tambah biji sawi dan mangga telur sahaja untuk menggantikan bendi.

Alhamdulillah karinya cukup sedap - terasa masam mangga telur, jadi asam jawa perlu dikurangkan. Makan nasi bertambah-tambah. Ke laut lagilah dietku!!

Catatan: Mak Aji gunakan ikan kembung sebab kebetulan itu sahaja ikan yang ada dalam stok. Kalau tenggiri lagi sedap!




6 comments:

Kamsiah yusoff said...

saya nampak kuahnya yg begitu sedap...kuah tu kalau dicicah dgn lempeng,roti,cekodok masin..sedapnya

suka suka said...

Assalam Mak Aji.. saya tak berapa pandai 'mengari' he he.. tapi kalau dapat kari sedap pasti nak sudu rasa kuahnya .. mangga kalau dijodohkan dengan ikan dalam kari atau masak gulai cili api makan memang bertambah :)

nurbijen said...

baru tahu yg mangga telur tu adalah pauh ringan :)
Saya ni mmg fail bab kari mengari.... kalau teringin nak makan, kena la hubby masak.... hihihi, special request gitu..

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Tak sempat berbaki Kam, untuk dibuat cicah, licin! Memang Mak Aji kalau roti canai paling suka kari ikan sahaja, memang bertambah karinya. Hantu kari ikan!

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Mak Aji pun tak berapa pandai juga, cuma kalau Pak Aji, dia suka kari ala mamak sikit, yang memang banyak rempahnya dan agak pekat. Dah tahu gitu sekarang alhamdulillah takde komplen sebab dah kena dengan selera dia. Oh boleh bubuh juga dalam gulai lemak cili api ya! Insya-Allah boleh cuba nanti - cuma mangga ni agak susah nak dapat walaupun di pasar tani. TQ for the info Mar!

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Oh ya ke, itulah hakikatnya. Mak Aji dulu tahun 1980-an semasa di rumah pertama kami ada tanam di tepi pagar. Pokoknya banyak betul buahnya hingga tak terhabis, puas makan yang muda makan yang masak, juga puas berbagi dengan jiran tetangga. Jiran2 yang beritahu yang itu mangga telur. Yang kita tahu pauh ringan! Suami tahu dan mahu masak takpelah, sesekali layan isteri masak, apa salahnya, kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...