Followers

Tuesday 12 February 2013

Rombongan Meminang untuk Zhafran

As-salam.

Pada hari Isnin semalam keluarga kami ke Hutan Melintang, Perak untuk merisik cum meminang untuk anak bujang Mak Aji yang ketiga, Zhafran. 

Foto sekitar majlis kurang sempurna kerana Mak Aji terlibat secara langsung dalam majlis, mana sempat merakam foto?! Layanlah dahulu beberapa keping yang ada setakat ini. Berikut lima hantaran daripada pihak kami yang terdiri daripada sirih pinang, cincin merisik dan cincin pertunangan, kain lace sepasang (untuk majlis akad nikah nanti), kek coklat (terima kasih banyak-banyak Cik Ning) dan kek cawan (juga daripada Cik Ning).

Sirih pinang.

Cincin merisik dan cincin pertunangan.


Sepasang kain lace.
Kek coklat.
Kek cawan.


Berikut pula tujuh dulang hantaran balas daripada pihak mereka:


Sirih pinang.
Coklat.
Kek cawan.
Kek buah.
Manisan.
Biskut, tat nanas dan cip coklat.
Sepasang kain untuk baju Melayu.
Ini bakal menantu Mak Aji, Mida.
Deretan sepupu dan adik ipar Zhafran (Nadia).
Mak Aji, Mida, Cik Ning dan Cik Na.
Ibu Mida, Mida dan Mak Aji.
Nenek Mida di hujung kiri.

Insya-Allah akad nikah akan diadakan sekitar bulan Jun dan majlis kenduri selepas hari raya puasa nanti. Semoga hubungan silaturrahim akan kekal berpanjangan antara kedua-dua keluarga kami, insya-Allah!!

Catatan: Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang memeriahkan dan menjayakan majlis ini. Penghargaan untuk Asyila, adik Mak Aji dari Berdua Bridal yang menyediakan hantaran bagi pihak kami! Syukran jazilan!

11 comments:

AsiahRSC said...

Tahniah Shimah, bakal menerima seorang menantu lagi ... Cantiknya barang-barang hantaran, cantiknya bakal menantu

Ummu Madihah said...

Salam Siah,

Nampak gaya gitulah, bertambah lagi menantu. Alhamdulillah, semua dibuat oleh adik I sendiri. Nasib baik dia ada, x perlu risau kami.

Anonymous said...

Salam Mah,tahniah...masa menerima menantu pulak ya..tiap tahun kenduri nampaknya..betul tu Kak Asiah,barang hantaran cantik2 dan menantu pun lawa..ada ala ala penang kot..

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Itulah dia, siapa sangka tiap tahun kena buat kenduri kahwin. Kalau dah jodoh memang begitulah. Nenek belah emak Mida Punjabi, itu yang rupa dia macam org Penang.

Kamsiah yusoff said...

belah mak aji tema ungu ya...perempuan pulak pink...cantiknya bakal menantu....kenduri agak2 th ni jugak ya.?

QA's ~ mamapapa said...

bakal menerima menantu ye,kak..alhamdulillah..cantik2 hantaran tu :)salam kenal ye,kak..jemputla follow kemabli :)

Aida Salleh said...

Tahniah kak....bertambah lagi ahli keluarga nampaknya. semoga segala persiapan menjelang hari bahagia itu berjalan lancar...insyaallah...(jangan lupa saya tau...heheh)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Betul tu ungu belah kami d pink belah mereka. Alhamdulillah itu pilihan hatinya. Insya-Allah kenduri selepas raya nanti semasa semua anak2 berkumpul.

Salam QA,

Ya, alhamdulillah ini menantu ketiga (sebelum ini seorang lelaki dan seorang perempuan). Akak dah follow. Cantik2 Tupperware awk, harga pun memanglah cantik juga!

Salam Da,

Terima kasih Da! Insya-Allah akan masuk senarai nanti. Amin, semoga dipermudahkan segala urusan menjelang hari kenduri nanti!



Sarina said...

Salam..cantik nye gubahan hantaran tuh,kalah artis nye gubahan..hehe ape pun moga semua nya di permudahkan allah hingga ke akhirnya..aminn.

Ummu Madihah said...

Salam Airis,

Gubahan alhamdulillah adik Mak Aji sendiri yg buat bagi pihak kami dan pihak merreka juga dibuat keluarga sendiri juga. Amin, diharapkan begitulah! Terima kasih Airis, harap sihat2 selalu!

suka suka said...

salam Mak Aji..tahniah ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...