Followers

Wednesday 25 December 2013

Ziarah ke Baitul Maqdis - 4

As-salam.

13 Disember 2013

Hari Jumaat, penghulu hari kami hadir di kota suci Baitul Maqdis. Kami bangkit dari tidur seawal 3.30 pagi untuk bersiap ke masjid. Sekitar jam 4.00 kami berjalan mengharung salji (bulan lagi hujan) ke masjid. Lihatlah 'senjata di kaki' Mak Aji. Pada awalnya kasut yang dipakai. Apabila kasut basah dan sementara menunggu kasut kering (disumbat kertas tisu dan digunakan pengering rambut pada kasut, he he! dan seterusnya dijemur di tepi pintu gelongsor) capallah yang dipakai.:

Cantik tak?? Di kiri plastik hijau dan di kanan plastik hitam!
Apa nak dibuat, nak hidup!
Capal yang dipakai  dengan beberapa lapis stokin dan plastik
agar water-proof! 

Dek kerana jangkaan meleset tentang cuaca di sini, Mak Aji hanya membawa kasut sukan serta capal (katanya supaya mudah untuk angkat wudu)! Kasut jenis but pula ditinggalkan sebab Boy menasihatkan agar kasut sukan sahaja yang sesuai dan cukup untuk banyak berjalan nanti. Kalau but yang dibawa nanti sakit kaki (katanya lagi!) 

But yang tidak dibawa.
Pada subuh hari ini Mak Aji pakai stokin tebal biasa dengan kasut sukan. Stokin ganti dibawa (di dalam beg) untuk disalin apabila tiba di masjid. Nurbijen yang saban tahun jumpa salji tentu gelakkan Mak Aji, kan!

Hari Jumaat menyaksikan salji tebal ekoran salji semalan berserta salji yang masih lagi turun. Semua jalan di Baitul Maqdis di tutup kerana jalan licin. Kebetulan pula hari ini merupakan hari free n easy (mengikut kata pengurus Gotz Travel). Kami bebas membuat program sendiri. Makan juga sendiri-sendiri sahaja, tidak disediakan. 

Salji setebal sekaki (di tempat-tempat tertentu yang belum disodok dengan jentolak) terpaksa kami redah selain salji yang masih turun. Angin juga bertiup menjadikan langkah kami agak huyung-hayang (kalaulah Mak Aji kurus nescaya terbanglah!)

Mahu lihat suasana pada hari Jumaat? Lihatlah foto berikut:

Salji tebal yang turun semalaman menyebabkan pokok
melentuk begini! 
Bangunan dari luar beranda bilik hotel.
Tempat parkir kereta - kereta diselaputi salji.
Berikut pula suasana di sekitar Masjidil Aqsa semasa kami tiba pada tengah harinya untuk solat Jumaat. Anak-anak muda mengambil peluang bermain baling-baling bebola salji!:





Bergambar dengan sepupu Mak Aji, Yasmin, yang tiba dalam
kumpulan kedua. 
Bergambar di hadapan pintu utama masjid sebelum
solat Jumaat.
Angin masih bertiup!

Muslimat terpaksa solat di Dome of the Rock kerana masjid penuh
dengan jemaah lelaki.
Selesai solat Jumaat kami balik ke hotel untuk makan tengah hari dan berehat sahaja. Semua kedai ditutup maka tiadalah acara shopping atau window-shopping (sukalah Pak Aji tu!) 

Dalam perjalanan balik ke hotel. Cuaca masih sejuk walaupun salji tidak lagi
turun selepas solat Subuh.
Pak Aji ajak main baling bebola salji! Jom!!
Hotel Holy Land yang kami diami selama beberapa hari.
Makan tengah hari yang agak ringan, buah strawberi (besar gedabak, kan!)
dan roti keras yang dicicah kopi panas (sedap!).
Sekitar jam 4.00 petang kami ke masjid lagi untuk solat Maghrib. Salji turun lagi dan kami meredah salji lagi! Berikut suasana sebelum tiba waktu Maghrib: 

Rupa Pak Aji yang berbungkus kesejukan.
Mak Aji terpaksa guna muffler untuk menutup hidung agar terhindar
daripada menghirup udara sejuk!



Hari ini penuh dengan aktiviti ulang-alik ke masjid sahaja. Kalau hari-hari begini alamat tidak perlulah lagi Mak Aji berdiet lagi!




14 comments:

Umm AA said...

Salam makji,
Pastinya pengalaman bersalji yang tidak akan dilupakan seumur hidup kan..seronok jugak wpun sekejap..sian makji ngan kasut yg tidak menepati standard salji yer..sib baik ade idea jgk kan tuk protect kaki tuh..
rsnya dah lama isreal tak turun salji kan kalau mengikut sejarahnya...dengarnya mesir pun dtimpa salji jgk wpun ade pdg pasir...heheh

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Pada mulanya bila Mak Aji lihat satu mak cik pakai plastik untuk balut kakinya masuk masjid, terfikir - apasallah mak cik ni buat macam ni!? Rupa2nya Mak Aji pun buat gitu selepas tu, cuma takdelah pakai sampai ke dalam masjid, ditanggalkan dulu boh dalam kasut. Nak balik nanti pakai lagi.

Dalam grup tu ada datuk/datin gak, mereka pun sama x terlepas juga pakai plastik, he he! Hilang glamer!

Itulah bab salji ni kali ni, memang ada org kata petanda yg dunia ni x lama lg dah! Allahualam!

Kakzakie Purvit said...

Puas kakak baca dari part 1 sampai yg part ini Mak Aji. Dari mula sampai. Bagaikan mengalukan kedtgan boleh pulak ada salji ye... kakak teruja tak sangka ada kawan blog yg pergi waktu salji yg dikatakan happened after 112 years bayangkanlah Mak Aji.

Lagi debaran masuk masjidil Aqsa kakak teruja sama. Macam berdebar sama. Allah... bestnya Mak Aji dpt peluang ini semua. Lagi alhamdulillah tak ada yg tak diingini terjadi.

Terima kasih kongsi pengalaman ini kakak suka sangat..

Unknown said...

Salam.
Syoknya main salji!
Suka tgk gambar kat sana tu, cantik dan tumpang suka.

Kamsiah yusoff said...

rezeki mak aji..salji turun ketika mak aji ada disana..

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah Mak Aji dapat berkunjung ke sana dan dapat pula berkongsi pengalaman. Semoga ramai lagi kawan2 yang mahu ke sana untuk sama2 memberi sokongan (meskipun hanya dengan kehadiran kita semata2!) kepada saudara kita di Palestin. Pengalaman nya cukup berharga!

Ummu Madihah said...

Salam Juhariah,

Tak payahlah Mak Aji ke London bagai untuk merasa salji, pengalaman di Palestin sudah lebih daripada cukup, alhamdulillah! Masya-Allah pemandangan di sana terutama semasa salji memang cantik! Alhamdulillah diberi kesempatan menikmatinya dan seronok bila dapat dikongsikan juga!

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Alhamdulillah rezeki dapat merasa salji. Walau bagaimanapun bila dah salji adalah pula program ziarah yang tak dapat disempurnakan sebab jalan tutup. Apapun semuanya ketentuan-Nya, setakat itu rezeki yang diberi-Nya, alhamdulillah!

nurbijen said...

Salam mak Aji....
Kita tak gelakkan mak Aji tau.... cuma kita kagum dgn idea mak Aji pakai plastik tu... Bila kena survive dalam keadaan darurat, secara automatik jadi kreatif :)
Amboi sempat main snow fight lagi mak Aji dgn pak Aji yer...

Aida Salleh said...

Salam kak,

Subhanallah....tak tergambar rasanya keseronokan andai berada di sana pada waktu itu...semoga saya juga akan dapat peluang yang sama pada masa akan dating...insyaallah.

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

He he, gelak pun takpe sebab memang kelakar pun! Memang bila terdesak kita punya creative juices keluar secara automatik! Ai kena snow fight, bila lagi nak jumpa ya??

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Akak doakan awk dapat jejak kaki juga ke sana Da, amin!!

QA's ~ mamapapa said...

wah...salji di mana2...syoknya mak aji..tak sempat buatkan snowman 1,ye :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Tak sempat buat snowman pun dok sibuk ulang alik ke masjid je, berkejar sebab waktu siang singkat, 4.30 petang dah maghrib! Memang itu ajelah kerjanya sebab nak manfaatkan sepenuhnya masa untuk solat di Msjidil Aqsa, 500 kali ganda pahala berbanding solat di tempat lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...