Followers

Friday, 18 November 2011

Butir Nangka

Entah macam mana teringat pula nak makan butir nangka. Bukannya biji buah nangka tetapi sejenis kuih tradisional Kelantan yang kita biasa makan untuk buka puasa. Buatnya mudah tetapi rasanya sedap. Kuih ini kegemaran anak-anak bila berkumpul terutama sekali semasa bulan puasa.

Kalau yang belum kenal, ini rupanya:


















 


Berikut resipinya:

Bahan-bahan:
½ kg tepung pulut (1 paket)
5 helai daun pandan | ambil jus
½ sudu kecil halba
1 biji kelapa (perah santan pekat)
240gm gula (sesuaikan ikut selera)
1½ sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

Cara memasak:

1. Masak santan, gula, tepung jagung, halba dan garam secukup rasa. Masukkan sekali dua helai daun pandan. Kacau sehingga mendidih. Ketepikan.

2. Didihkan air di dalam periuk lain.

3. Satukan tepung pulut, tepung beras, jus pandan dan air (mengikut keperluan) di dalam mangkuk. Uli dan gentelkan bulat memanjang seperti biji nangka.

3. Selepas itu, masukkan di dalam air mendidih. Apabila tepung timbul, angkat, toskan airnya dan terus masukkan ke dalam kuah santan tadi.

4. Hidangkan.


Kadang-kadang anak-anak sengaja mahukan butir nangka yang agak meriah sedikit, jadi saya gunakan warna merah, kuning dan hijau. Itu terpulanglah kepada anda sendiri. Selamat mencuba!

6 comments:

Aida Salleh said...

butir nangka ni seakan-akan bubur kegemaran sayalah kak. saya tak tau apa nama bubur tu di luar sana cumanya kami sekeluarga memanggilnya bubur candil.yg membezakan butir nangka dengan bubur candil hanyalah penggunaan halba dan juga tepung jagung. yang lain semua sama....:-)

Ummu Madihah said...

akak pun ada dengan nama bubur candil tu. Akak tengok resepi lain x pakai tepung jagung. Akak pakai utk pekatkan sikit kuah dan supaya kuahnya cantik, berkilat! Ada juga org lain pakai air kapur, akak x pernah pakai pun. Oh ya, lupa nak taruh tepung beras (sikit aja), kena betulkan balik resepi - supaya ada keras sikit, x terlalu kenyal, pun x boleh besar sangat, nanti budak2 tercekik!

- dieyana - said...

kak, diana pun berehi buti nako ni...molek jah kak buat buti nako, kuoh dio comey jah, diana buat, kuah dio pecoh2....kuoh cair ko gapo, tk tau la....terliur nyo la buti nako...;-)

Ummu Madihah said...

kuah dia elok pekat sikit, sebab tu akak bubuh tepung jagung sikit, selain pekat, pun berkilat. Masak santan jangan lama, kejap aja, gelagak kejap,kacau sikit, pastu terus tutup. Jangan masak lama, pecah minyak, x come.

Aida Salleh said...

ehh tak perasan pulak...bubur candil kami pun tak boh tepung beras...tepung pulut semata2 je ngan air...

lupa lagi satu, bubur candil ni biasa kami buat warna warni...hijau, merah n putih)....cantikkkk n sedappp...

Ummu Madihah said...

kami pun ada kuih yg mcm-mcm warna tu, kuah dia lebih kurang, x bubuh halba, isi dia warna warni tetapi yg sudah dikeringkan. Bila bubuh dalam kuah, dia kembang. Pun sedap jugak, nama x taulah pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...