Followers

Wednesday, 8 February 2012

Resipi Baru Pak Aji - Pisang 'Rebus' dengan Madu!

Pokok pisang kami berbuah dengan galaknya sekarang. Pak Aji tebang sepokok yang buahnya matang. Banyak sisir diperoleh, sempat dibahagi-bahagikan kepada jiran tetangga. 

pisang batu masak
pisang masak lagi
selepas selesai di'rebus' dalam ketuhar gelombang mikro
Ini dia pisang 'rebus' dengan madu!
Pada petang ini balik sahaja dari ofis, Pak Aji dengan bangganya menunjukkan dua sisir lagi yang masak. Pada pagi tadi dia mencuba resepi baru menggunakan pisang tersebut - pisang 'rebus' dengan madu. 'Rebus' sebab bukan rebus biasa tetapi dimasak (gunakan mangkuk bertutup) dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 minit 'high'. Selepas itu, taburkan sedikit garam dan curahkan madu (Pak Aji guna madu Yaman) di atasnya! - cukup lazat!! Teman pisang ini pula kopi putih (white coffeelah! - jangan susah tidur malam ni sudah!)

Semalam cuma dua biji yang masak, Pak Aji bakar atas dapur gas sahaja, pun sedap!! Rupanya sedap juga ya, pisang bakar yang pernah nenek moyang kita makan pada zaman dulu-dulu! Apa lagi yang Pak Aji masak, tentu Mak Aji suka, kan!!

4 comments:

MONIE said...

bunyi sedap resipi ni - nak bagi tambahan lagi - sapu butter sikit, mana tau sedap. Kak Norlia pernah bagi resipi pisang tanduk potong serong dengan kulit sekali - kukus sampai lembut, sapu mentega. Saya pernah cuba - boleh tahan.

Ummu Madihah said...

terima kasih atas makluman, boleh dicuba nanti!

- dieyana - said...

buleh buat juga nih!

Ummu Madihah said...

bila dah boh butter kena panggil banana split with butter and honey!! Tukar nama biar mcm omputeh punya sikit!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...