Followers

Tuesday, 28 February 2012

Jadi Misi

Pak Aji balik dari Kelantan (dan juga Thailand) siap dengan demam dan batuk yang agak teruk. Semalaman dia (termasuklah Mak Aji juga) tidak dapat tidur kerana terpaksa bangun kerana batuk (berkahak, terpaksa dikeluarkan, minum air, makan ubat batuk). Begitulah keadaannya hinggalah ke pagi. Sekarang dia makan antibiotik lagi (pusingan yang kedua sebab pusingan pertama tiada kesan, begitu juga demamnya yang tidak kebah-kebah). Sudah dua malam begini, sehinggakan Mak Aji rasa macam dia seakan hendak semput aja. Bukan kepala dia sahaja yang tidak betul, Mak Aji juga sama sebab tidur yang terganggu - almaklumlah orang tua, terganggu tidur saja, semua 'stesen' lari tuningnya!  

Jadi, Mak Aji terpaksalah ambil cuti kecemasan kerana hendak menjaga Pak Aji yang bukan sahaja tidak larat hendak bangun, tidak lalu makan tetapi tetap perlu makan ubat. Takut juga kalau apa-apa berlaku sebab dia seorang di rumah!

Misi Mak Aji tidaklah semuda dan selawa ini!!
Untuk tengah hari Pak Aji pesan hendak makan nasi air dengan ikan masin. Jadi itulah yang Mak Aji buat - nasi air (dengan ayam seketul sebagai perencah) ditemankan dengan ikan tamban masin. Mak Aji yang sihat pun terliur juga!

Nasi air dengan isi ayam yang dicarik-carik
Ikan tamban masin, kacang goreng, cili kicap dan bawang goreng
Alhamdulillah Pak Aji makan juga semangkuk. Berbaloi masak nasi air untuk dia (Mak Aji makan semangkuk setengah, syyyy!!).

2 comments:

MONIE said...

Ni org tak sakit melebihi org sakit. Menu nampak pun tau sedapppppppppp

Ummu Madihah said...

Biasalah tu, kalau kat spital, org tukang jaga yg makan buah yg org bagi, org sakit x lalu makan! Malam ni tambah telur asin lagi, memang sedap!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...