Mak Aji nak kongsi idea hantaran yang memang unik, yang pertama kali dilihat - bakul daripada bepang kacang! Berikut gambarnya (gambar kurang jelas):
Ini bakulnya! (ini foto sebelum) |
bepang kacang (selepas dipatah-patahkan dan selepas dimakan sebahagian) |
Pada mulanya Mak Aji ingatkan bakul rotan biasa, tetapi setelah memerhatikannya betul-betul, Mak Aji cukup terkejut!! - cukup bijak dan berseni pembuatnya! Nak kena tanya bakal menantu, siapa yang membikinnya agar lain kali kalau teringin nak menempahnya tahu di mana hendak cari.
2 comments:
kreatif.. tp mcm mane nk dapat bentuk tangkai tu?
Bukan tangkainya saja, bakul tu sendiri, rasanya terpaksa dibentuk semasa bepang tu masih lembut. Bepang ni katanya cepat keras apabila sejuk!
Bepang kena dibentuk mengikut bentuk yg dikehendaki. Tangkainya dibuat dlm bentuk panjang, dibuat melengkung dan digam dgn air gula yg pekat?? Gitulah agaknya, wallahualam.
Post a Comment