Followers

Wednesday, 1 August 2012

The Hoarder in Me

As salam.

Mak Aji sering menonton rancangan TV yang memaparkan suasana rumah yang bersepah dan berselerak (antaranya, Clean House di Astro). Kebiasaannya rumah menjadi demikian sebab tuan punya rumah mengalami masalah emosi (seperti keruntuhan rumah tangga, kematian orang tersayang dan sebagainya). Dengan bertindak secara terus menerus menyimpan barang dan menambah lagi barang di rumah, diharapkan agar langkah itu akan sedikit sebanyak mengubat luka di hati. Sebaliknya, apa yang berlaku rumah menjadi tempat timbunan sampah sarap.

Rancangan seperti ini sedikit sebanyak menyebabkan Mak Aji terasa seperti ada sedikit sebanyak ciri seperti itu pada diri ini - bukanlah kerana ada tekanan emosi, tetapi kerana ada sense of attachment pada barang yang disimpan selama ini. Jadi berasa susah untuk melepaskannya.  

Menyedari hakikat itu, pada hari ini Mak Aji menjalankan operasi 'mengedit' berkotak-kotak barang yang dibawa pulang dari ofis selepas pencen tempoh hari (barang rumah lain belum diedit lagi! - tunggulah giliran lain pula). Ada fail rasmi - termasuklah slip gaji pertama semasa baru masuk kerja, surat tawaran temuduga, keputusan temuduga, SKT, ....... dan banyak lagi. Ada juga fail kursus serta sijil kehadiran pelbagai kursus sepanjang perkhidmatan selama berpuluh tahun. Ada juga fail persendirian - penyata akaun bank, cetakan bayaran pelbagai bil, ........ Semuanya menjadi bertimbun-timbun. Sudah tiba masanya Mak Aji melupakan dan mengucap selamat tinggal kepada semua pengalaman bertahun-tahun itu dengan menghapuskan kesemuanya. Insya-Allah semua itu tidak perlu lagi disimpan. 

Kesemua timbunan bahan di bawa ke tempat membakar sampah dan terus dibakar oleh anak bongsu Mak Aji - berpeluh-peluh dia mengerjakannya (lupa pula yang jerebu makin teruk dan sepatutnya tiada pembakaran terbuka - maaf ya!!). 



2 comments:

- dieyana - said...

berapa chanel clean house tu, mak aji? heheh, saya pun susah nak 'lepaskan' brg yang ntah apa2. tapi sesekali kalau ngemas, dgn rasa berat hati, kena jugak'lepaskan' brg yang 'sayang' tu, heheh

Ummu Madihah said...

Channel 702 Dieyana. Memang menarik! Kalau kita tengok rumah kita kube lana, cuba tengok rumah mereka, jauh lebih teruk lagi!!! Bila tengok rumah kita rasa sedap sikit, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...