Followers

Thursday, 16 August 2012

Salam Aidilfitri

As-salam.

Pada pagi yang penuh keberkatan ini Mak Aji ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua pengunjung, maaf zahir dan batin kiranya ada kata-kata yang terkasar yang mungkin mengguris hati anda. Maaf dimohon dari hujung rambut ke hujung kaki. Semoga segala amal ibadah yang kita kerjakan sepanjang bulan penuh keberkatan ini diterima Allah SWT. Aminnn!


Semalam anak Mak Aji membuka FB dan memaklumkan bahawa laluan kami balik kampung - Lebuh raya Karak sudah penuh sesak! Para perantau sudah mula meninggalkan ibu kota untuk balik beraya dengan ibu bapa masing-masing. Mak Aji percaya ramai lagi akan bergerak pulang pada hari ini dan juga esok - rupa ibu dan ayah terbayang-bayang di mata menggamit mereka pulang. Apapun Mak Aji doakan masing-masing pulang dan kembali juga dengan selamat, insya-Allah!

Kami sekeluarga tidak pulang ke kampung kali ini. Ini kerana majlis kenduri anak Mak Aji akan berlangsung seminggu selepas raya, maka Mak Aji akan sibuk dengan persiapan untuk itu. Kami akan hanya menziarah kubur arwah mak Mak Aji di sini sahaja. Sebenarnya Mak Aji dan Pak Aji sudah tiada lagi mak dan ayah, yang tinggal hanya ibu dan bapa saudara serta adik-beradik di kampung. Beraya tanpa ibu bapa memang jauh berbeza. Semangat untuk balik kampung hampir tiada terutama sekali sejurus selepas mereka meninggalkan kita. Tiada lagi peluang untuk mengucup tangan mereka yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Bertuahlah mereka yang masih ada ibu dan bapa untuk sama-sama menyambut lebaran ini. Hargailah dan kasihilah mereka sepanjang hayat mereka - anda masih berpeluang menabur bakti kepada mereka, maka ambillah peluang tersebut!!   

Sekadar itu buat kali ini - tidak boleh bercerita panjang tentang hal ini, nanti hujan turun pula walaupun langit cerah di luar!! Wassalam.

Sumber foto: Google Images

4 comments:

- dieyana - said...

Saya pun, pada mulanya tak nak balik kg, nk beraya sini saja, atas sebab2 tertentu, tapi kenangkan mak ayah, dan utk kegembiraan anak2, maka diputuskan kami balik kg selepas solat raya, tapi telah dianjak awl sedikit, mlm raya pulok..hehhe.

apa2 pun mak aji, al fatihah utk kedua ibu bapa mak aji. dan, selamat hari raya, ya...maaf zahir batin..:-))

Ummu Madihah said...

Terima kasih Dieyana. Eloklah balik, jenguk mak ayah sementara mrk ada, dah x jam kut kalau mlm raya, oklah tu. Jangan lupa dtg kenduri anak Mak Aji, kad dlm perjalanan! 1 sept. ya.

Aida Salleh said...

Selamat hari raya aidilfitri buat akak sekeluarga juga. Mohon maaf zahir dan batin atas segala salah silap sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan, yang saya sedar atau tidak saya sedar, selama ini. Mohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum serta halalkan juga segala ilmu yang pernah diberikan.

Semoga hari raya ini membawa seribu kebahagiaan buat akak sekeluarga dan juga dirahmati Allah hendaknya.

Dan semoga persiapan menyambut menantu akan berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Ummu Madihah said...

Wah, panjangnya ucapan Da! Akak ucapkan sebiji macam yang Aida ucapkan juga. Salam untuk Aida sekeluarga!

Insya-Allah, akak doakan yang sama juga untuk majlis Hanif - rupanya budak bertuah ni tak takde cuti, habis cuti dok nguruskan dokumen untuk urusan nikan hari tu! Nasib baik x plan blk kg!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...