Followers

Monday, 6 August 2012

Air Kathira

As-salam.

Datang sahaja bulan puasa muncullah air kathira di bazar Ramadan di JB. Pertama kali Mak Aji minum terus terpikat. Sambil terbayang-bayang air kathira, Mak Aji melintas di hadapan masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh, adalah pula adik yang menjual air tersebut - apalagi, bagai mengantuk disorongkan bantallah!! Alhamdulillah hilanglah rindu akan air kathira!!

Tambah kapsyen

Walaupun rasanya ada bahan yang tidak dimasukkan (kembang semangkuk antara lainnya), yang ada cuma biji selasih, tidak apalah, janji hampir sama, oklah tu, kira halal!

Sumber foto: http://morethanonegoodthing.blogspot.com/2012/02/tanjung-piai-resort-diamonds-in-muck.html


2 comments:

Aida Salleh said...

Wsalam kak.Kak, saya teringin nak rasa air kathira ni. Zura selalu sangat dok cerita. Tapi tak pernah pulak saya jumpa kat mana-mana. nak pergi tempat akak tu makkkk aiii jauhlah pulak...huhuhuu...

Ummu Madihah said...

Kalau Aida dtg sini dahlah jauh, rasa kurang umph berbanding yg di JB. Sana punya baru kaww betul!! Tapi lagilah jauh ya!! Akak tengok resepinya, rupanya ada banyak versi, pening pulak! Ni kena tanya Zura yg mcm mana yg asli!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...