Followers

Wednesday, 22 August 2012

Mainan di Dapur

As-salam.

Gara-gara memasak sejak seminggu dua ini menjadi, maka semangat ke dapur sedikit membara. Jadi petang semalam Mak Aji keluar ke Giant dan Carrefour Kota Damansara untuk menambah bekalan di dapur. Selain itu, didapatkan juga sedikit mainan di dapur seperti berikut:

Mainan untuk dibuat main di dapur nanti!

Untuk hidangan malam tadi bagi menjamu tetamu yang datang beraya, Mak Aji masak mi goreng basah serta nugget rangup dan juga lasagna juga buah-buahan. Anak-anak mereka sukakan lasagna dan seronok tengok mereka makan. Mak Aji buat lagi lasagna sebab Pak Aji kata (selepas makan pertama kali yang Mak Aji masak) - kenapa tak pernah buat sebelum ini?? Tengah hari semalam katanya, "buat lagi kuih yang awak buat hari tu." Rupa-rupanya dia suka. Yang Mak Aji tahu dia memang kurang suka spaghetti bolognaise (yang ala Malaysia) yang Mak Aji masak (terlalu berlemak katanya - Mak Aji guna daging cincang sebab anak-anak suka daging berbanding ayam cincang). 

Malam tadi dua kaserol lasagna dimasak. Hari ini pula hajat di hati ingin memasak super moist chocolate cake  yang resepinya Dari Dapur Kecah (asal resepi daripada Cik Mat Gebu). Harap-harap menjadi ya, insya-Allah!!



2 comments:

Aida Salleh said...

wow....lasagna makan untuk raya. bestnya. nak gi raya umah akak lah...:-)

Ummu Madihah said...

he he!! lasagna utk raya mcm x kena je, kan!! Org tengah mabuk buat lasagna!! Kalau nak betul2 dtg ckp dulu tau!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...