Followers

Friday, 24 August 2012

Beraya Lewat Sedikit

As-salam.

Sejak semalam Cik Ning sekeluarga dari Kelantan sudah tiba ke rumah. Along sekeluarga pun selepas selesai beraya dengan emak mertua di Kota Bharu akan tiba ke rumah sebentar lagi. Cik Ja dan keluarga juga dalam perjalanan ke sini dari Ipoh. Begitu juga dengan Cik Na sekeluarga dari Taiping. Semua akan berkumpul di rumah Mak Aji sebelum bapa saudara dan emak saudara Mak Aji serta sahabat handai yang rapat berkumpul sekali lagi di sebuah masjid di Alam Damai untuk majlis akad nikah Hanif insya-Allah selepas solat Asar nanti.

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga - hari raya yang cukup bermakna buat Hanif, (juga tentunya buat kami sekeluarga) beraya dengan isteri baru!! Mak Aji juga mendapat menantu baru - menantu perempuan pertama. 

Kami tidak balik kampung beraya pada tahun ini, antara lainnya sebab adik-beradik akan datang ke mari untuk majlis ini - jadi kami akan beraya di sini sahajalah!

Nanti dimuat naik fotonya ya!!


2 comments:

Aida Salleh said...

tahniah haniff dan tahniah juga buat akak sekeluarga! semoga majlis yang ditunggu sekian lama ini akan berjalan sesempurna mungkin. insyaallah.

Ummu Madihah said...

Terima kasih Da! Alhamdulillah Hanif sudah bergelar suami dengan suatu lafaz sahaja. Lepas solat maghrib dia balik ke rumah emak mentua sebab malam ni ada rehearsal utk kenduri sebelah sana esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...