Ketuhar Mak Aji sudah agak lama, jenama National Panasonic (namanya sekarang pun sudah tinggal Panasonic sahaja!). Mak Aji beli semasa bertugas di Kota Bharu dahulu dan dibeli sebelum menjelangnya hari raya, dengan tujuan untuk memanaskan sate yang siap ditempah (di KB tidak perlu buat sendiri, main tempah sahaja sebab harganya memang berbaloi!).
Usia ketuhar sudah sekitar 12 tahun dan walaupun ada mengeluarkan bunyi macam pintu bilik yang sudah lama tidak diminyaki, namun masih berfungsi dengan agak baik.
Kali terakhir digunakan untuk membakar kek, semasa Along masih anak dara lagi - kami bakar kek premix dan hasilnya keras macam batu, kalau baling pada anjing mahu mati anjing itu!! Itulah kali terakhir Mak Aji bakar kek dengan ketuhar itu - putting the blame on the oven!
My old faithful - still going strong! |
Beberapa hari lepas pintu hati terbuka balik untuk mencuba sekali lagi kek premix yang dibeli dari pasar raya berdekatan - kalau tidak menjadi beri sahaja pada ayam buat makan!!
Dengan mengikut segala panduan yang diberikan, inilah hasilnya:
Butter cake |
Alhamdulillah kek nampaknya menjadi elok (tidak perlu diberi ayam makan, he he!!). Rupa-rupanya selama ini bukanlah salah ketuhar yang kek tidak menjadi, adalah tu salah lain - my poor oven, sorry for taking the blame all these years!
Ketuhar ini pernah Mak Aji terfikir untuk diberikan kepada orang sahaja sebab hanya fungsi memanaskan sahaja yang masih berfungsi (or so I thought!!) tetapi tidak jadi sebab suami tidak membenarkannya. Rupa-rupanya engkau masih utuh dan masih sedia berbakti untuk tuannya (yang selama ini kurang menghargainya!).
Catatan: It seems that I'll be spending more time with my new-found old friend, he he!!
No comments:
Post a Comment