Followers

Tuesday, 31 July 2012

A Close Encounter of the Scary Kind

Sejak pencen ini Mak Aji sudah dua kali bertembung dengan monyet yang datang dari dusun belakang rumah (bukan Mak Aji punya, jiran punya). 

Dua hari lepas ibu ayam bising sekali dan apabila anak Mak Aji jenguk, katanya ada sesuatu sudah tangkap salah seekor anak ayam. Ibu ayam tidak tentu arah dibuatnya! 

Pagi-pagi ini semasa Mak Aji mahu menyiram pokok bunga, dua ekor monyet turun dari bumbung ke pergola, terus ke bawah. Buah mangga yang belum masak menjadi mangsa kali ini. Mak Aji terkejut lalu terus menjerit memanggil anak supaya keluar untuk menghalau monyet. Di balingnya batu ke arah monyet-monyet itu dan monyet besar nampak melawan dengan menunjukkan giginya! Hilang terus keinginan untuk menyiram pokok! Seram dibuatnya!!

Apa hendak dibuat ya?? Kasihan pokok-pokokku yang haus dalam cuaca yang cukup panas sekarang - hendak keluar rumah pun takut disergah monyet lagi!




2 comments:

Aida Salleh said...

baca cerita akak buat saya teringat kes kera dekat Dewan Peperiksaan,UM dulu. Nak gi exams pun takut sebab dia datang anak beranak...hehehehe...
(tu belum lagi cerita dia curi roti dengan biskut dekat kolej.heheheh)

Ummu Madihah said...

dulu kat belakang Kolej Ketiga UM pun byk kera/monyet (x tahu nak beza). Kalau setakat bw lari makanan takpe lagi Da, takut masuk surat khabar mantan staf DBP kena kejar dan digigitnya!! x naklah glamer mcm tu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...