Followers

Thursday, 9 August 2012

Enjin Panas

As-salam.

Kita selalu dengar enjin kereta panas. Kalau kereta arwah ayah dahulu, pernah semasa kami dalam perjalanan jauh, dia terpaksa bawa air spare dalam kereta. Ini kerana setiap kali kami berhenti, dia akan membuka hud kereta, dan air akan diisi ke tangki air (tangki air kurang sihat, bocor kut??). Mak Aji ingat tidak ingat sahaja sebab ketika itu Mak Aji masih budak-budak sangat.

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Semasa berulang-alik balik kampung terutama semasa balik raya, kesesakan lalu-lintas yang teruk juga akan menyebabkan kereta tersadai di tepi jalan sebab enjin panas - biasanya kereta continental yang begitu - kereta omputihlah katakan, tidak tahan panas! 

Semalam Mak Aji mengalami migraine yang kalau diukur mengikut skala 1 - 10, ukurannya lebih kurang 5 - masih boleh bertahan tanpa perlu menghadap doktor untuk mendapatkan suntikan ubat tahan sakit - yang dibuat, masuk bilik, gelapkan (tutup blinds) bilik, pasang pendingin hawa, dan cuba tidur sahaja. 


Menahan sakit.

Mengikut diagnosis Mak Aji (he he!), migraine berlaku sebab enjin Mak Aji panas! Sebenarnya Mak Aji sekeluarga terlepas bersahur sebelum itu - kurang air, enjin panas!! 

Pernah sebelum ini Mak Aji mengalami migraine dan doktor (selepas memeriksa) mendapati bahawa Mak Aji kurang minum air, dan itu telah menyebabkan migraine tersebut -"enjin panas," kata doktor!

Jadi, jangan ingat enjin kereta sahaja yang pandai panas, enjin kita juga begitu - minumlah air banyak-banyak selepas berbuka. Pastikan anda membawa bekal sebotol air masak (minum sedikit-sedikit kalau tidak mahu berulang ke tandas) untuk pergi terawih!! Ada pendapat yang menyatakan, yang idealnya pada malam bulan puasa minum air segelas setiap jam! Wallahualam!


Sumber foto: Google Images


3 comments:

Aida Salleh said...

Wsalam kak. Assalamualaikum untuk akak juga.
migrain pun ada enjin panas? hmmm pertama kali saya dengar istilah ni kak...kelakar juga...hehehehe...jadi lepas ni akak kene pastikan minum air secukupnya ya. jangan sampai enjin panas lagi tau...
saya x dan enjin panas sbb biasa kalau sahur mmg terlebih air kosong sbb saya mesti habiskan minimum 750ml air.takut kehausan. tapi lepas sahur mmg ke toilet je lah kejenya...hehehhee..

Elham said...

Saya pun kalau tak cukup air mesti migraine.....on normal days,minum sampai 4l air kosong sehari...in ramadhan,mlm mesti habiskan at least 2l plain water....dah tak larat nak telan painkiller,Alhamdulillah praktikkan minum byk air ni,dah lama tak kena migraine

Ummu Madihah said...

Aida, memang minum air byk asyik berulang ke toiletlah, tp yg pasti enjin pasti lebih sejuk!!

Wah Nor, this is record amount, sampai 4l hr biasa dan 2l bulan puasa! Akak pun dah x larat makan painkiller d kalau teruk sangat ubat dah x jalan, kena inject painkiller. Insya-Allah akak cuba amalkan yg Nor amalkan agar migraine pergi jauh2. Sayang masa terbuang x leh buat apa padahal pd bulan ni yg nak buat mcm2 sbg bekal! TQ much Nor!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...