Followers

Saturday, 18 August 2012

Sunyinya!!

As-salam.

Pagi-pagi lagi kami ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur untuk menyediakan juadah berbuka dan juadah raya. Ingatkan kami sudah cukup awal, rupa-rupanya orang lain lagi awal! Mak Aji terpaksa beratur untuk membeli kelapa mesin dan Pak Aji juga beratur untuk membeli daging!  

Untuk mendapatkan barang yang tiada di kedai biasa, tapak pasar malam Paya Jaras menjadi alternatif. Pengunjung juga berpusu-pusu untuk membeli barang keperluan. Setelah selesai membeli kami pulang untuk membuat persiapan.

Sambil Mak Aji menghadap komputer ini, jalan Kuala Selangor memang sunyi, agaknya masing-masing sudah keluar dari rumah menuju ke kampung masing-masing, tinggallah kami yang tidak balik! Perasaan begini yang kena tahan - pernah sekali dahulu kami cuba bertahan untuk tidak balik kerana hal tertentu, tetapi pada saat-saat akhir, kami tewas, akhirnya Mak Aji ambil beg terus kemas baju dan bertolak balik kampung!!

Kena tempuh kesesakan sebeginilah yang rasa serik nak balik kampung!!!

Kalau waktu begini sudah sunyi, apalagilah esok pagi dan sehari dua selepas itu. Kata orang, KL punyalah sunyi tanpa penghuninya, sehinggakan kalau mahu baring di atas jalan TAR, inilah masanya!! Tak ada kerja cari kerja!

Sumber foto: Google Images



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...