Followers

Wednesday, 22 August 2012

Masjid Negara

As-salam.

Selepas makan, kami terus ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zuhur. Sambil mengambil wudu, Mak Aji terdengar suara orang lelaki dan agak terkejut juga. Terfikir juga, takkanlah orang lelaki masuk ke ruang wudu perempuan? Mungkin suara dari luar agaknya. Dengan tiba-tiba muncul seorang lelaki, tukang cuci, elok sahaja berjalan ke arah stor barang di hujung ruang wudu. Mak Aji cepat-cepat capai tudung dengan rasa yang cukup marah. Cepat-cepat Mak Aji memaklumkan kepada Madihah yang ada lelaki di bilik stor tersebut dan dengan suara agak keras menyuruhnya mengenakan semula tudungnya. 

Mak Aji membebel yang orang lelaki tidak sepatutnya masuk ke situ dan dua orang tukang cuci dari seberang (yang sedang mengambil wudu) semacam ingin membela lelaki tersebut dan mengatakan yang lelaki itu akan sekejap sahaja di situ untuk mengambil barang - bukan soal sekejap atau lama, ini soal aurat! Takkanlah tidak faham! Hai, berdesing dan berasap telinga!

Hilang kisah di bilik wudu, Mak Aji sempat juga mengambil foto ruang solat - lama sudah tidak bersolat di sini! Ini fotonya:



Catatan: Setiap kali teringat insiden di bilik wudu, terasa panas telinga Mak Aji!


2 comments:

Anonymous said...

Di sinilah setiap maghrib n isyak Isnin sampai Khamis, I ngan Nasir akan solat sebab ada kelas. Rasa kalau tak ada kelas kat masjid tu tak akan ramai jemaah solat..sesekali adalah pelancong yg dtg singgah atau orang luar..pelajar pun dapat satu saf saja lelaki pompuan..

Sepawan

Ummu Madihah said...

Ya, i ada ingat u sebut u ada kelas kat situ. Kelas apa yg u hadir tu, berbayar? Masjid memang lengang, x de orang. Sayang x ramai yg memakmurkannya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...