Followers

Sunday 23 September 2012

Tinjau Perabot Lagi

As-salam.

Sekitar jam 12.00 tengah hari Mak Aji serta kawan keluar outing - sesama perempuan puas berjalan mencuci mata atau yang sewaktu dengannya (tanpa orang sebelah sibuk mengajak balik!). Pertamanya ke gudang perabot jati - tutup pulak pada hari Ahad. Seterusnya ke kedai perabot terpakai - almari yang ingin dilihat sudah dipindahkan ke cawangannya di seksyen 13 Shah Alam dan cawangan ini pula tutup pada hari Ahad! Seterusnya, kami ke Fella Design Bukit Subang - banyak kabinet peragaan yang ada dengan harganya yang tentunya (mengikut kawan, Datuk K sahaja yang mampu, he he!!). 

Acara seterusnya, ke Rattan Decor yang khusus menjual perabot rotan dan jati. Jamulah mata dengan foto-foto berikut:

Ambik kau, sideboard biru lagi!!
Sideboard merahlah Mak Ngah!
Gerobok lauk yang cukup cantik!!
Wan sibuk membelek meja konsol dari reclaimed wood.
Bukan senget mata anda, memang kabinet ini dibuat agar senget!!

Sekitar jam 1.30 perut mula berkeroncong, maka kami ke Restoran Periok di Bukit Rahman Putra untuk makan nasi beriani gam. Ini yang kami makan:

Beriani gam kambing untuk Mak Aji dan beriani ayam
berempah untuk Wan. Bismillah!

Selesai makan kami ke SSF di Sri Damansara. Kawan memang berkenan dengan cermin kristal yang banyak diperagakan. Mak Aji pula membeli tempat gantung 'perkakas dalam' - untuk diletak di bilik air. Kali pertama pergi tidak membeli, jadi kali ini benar-benar beli (jangan sampai mimpi lagi, he he!):

Sebelum dipasang.
Taraaa, chandelier untuk bilik air!! Yang bahagian bawah tu
penyepitnya dan di atasnya faux bulbs!

Foto-foto di bawah pula hasil tinjauan kami di SSF Sri Damansara:

Lapang dan nyaman rasanya berada di bilik berset bilik tidur serba
putih ini, zzzz!!!
Meja solek yang unik, bercermin di seluruh permukaan, dengan
bahagian tengahnya boleh dibuka untuk menyimpan
barang kemas!!

Tidak banyak kabinet peragaan yang ada sebab banyak barangnya berbungkus kerana dibeli pelanggan - mereka sedang membuat jualan murah sekarang ini! 

Selesai tinjauan kami balik ke rumah Mak Aji, solat Zuhur, duduk sekejap, minum dan berborak sebelum kawan berangkat pulang ke rumah - we had a field time window shopping!! Enjoyed every minute of it, Wan!! 

Oh ya, satu lagi foto di sebuah gedung perabot di Subang 2 - set bilik tidur juga bertema putih, layan!!:

Foto diambil dari dalam kereta sahaja - hendak tahu harganya?
Hampir RM30,000! Nasib baik tidak berkenan, he he!! 

Berehat di beranda setelah pulang ke rumah.

Bila nak outing lagi?? He he, Pak Aji sudah pucat sebab beberapa jam kena tinggal!!



11 comments:

Aida Salleh said...

cutenya chandelier bilik air akak...saya sukaaaaa...

Ummu Madihah said...

Si Boy geleng kepala bila akak bagitau akak beli chandelier untuk bilik air! He he, rupanya untuk sangkut underwear dalam bilik air, he he! Saja melayan diri, harga cuma kurang 10 sen RM20 tapi seronok sangat - low maintenance, ma! Don't need lots of money to make me happy!

Anonymous said...

Apaa..pak aji risau mak aji kena colek ker? Hahaha..padan dia tinjau masa kita nak keluar tu..haiishh..bini aku ni nak keluar siap lunch kat luar dgn sapa pulak tu..dah tu lama pulak tak balik2 ...sayang dia ngan Mak aji kan!

Anonymous said...

Mah,gobok lauk tu sudah melekat dalam hati..kes nak kena beli juga.tapi boleh tak kita minta warna kayu bukan warna
macam tu..

Ummu Madihah said...

Oh, sudah jatuh cinta ya dgn gobok lauk tu, he he! Nanti i cuba call org tu kalau dia boleh buat warna kayu.

Anonymous said...

Lupa pulak..bidai ijau tu pun cun jugak..mana beli?

Ummu Madihah said...

bidai i tempah, semua jenis bidai (utk dlm rumah d juga luar, mcm2 bahan d harga yg berbeza, apa warna pun boleh) d langsir juga ada. Langsir belum pernah buat ngan dia. Dia dtg rumah quote harga, kita tempah dia dtg pasang. Nak cuba, Nick, 012 333 9920, sebut yg i refer u kat dia! Both tu br lebih kurang RM600. Kalau kat kedai curtain x dpt hg mcm tu.

Anonymous said...

Oh tak tau yg bidai pun boleh tempah..menarik! Padan dok jenguk2 kat kedai kedai takdak yg macam u tu,bidai bilah halus2 ada jumpa,sampai pernah kami pi cari kat IKEA..tapi tak dak yg dicari

Ummu Madihah said...

boleh Wan, u nak mcm mana, dlm rumah, luar rmh, warna apa, bahan apa, semua ada, siap duit ja! i dpt contact ni di classifieds dlm akhbar metro ke apa. Begitu jg dgn kabinet TV dan wardrobe. I panggil mrk dtg rumah, discuss harga. Mrk tunjuk contoh dsbnya. x pyh pi kedai, kedai mai kat kita!! Yg penting jg lagi murah sbb mrk xde kos overhead, sewa kedai d segala macam!

- dieyana - said...

jelesnya! ;-))

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Jangan jeles, tinjau je yg lebih, beli x beli x tentu. Lebih jamu mata je! Seronok juga outing ngan kawan lama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...