Followers

Friday 14 September 2012

Biar Lambat Asal Dapat, insya-Allah

As-salam.

Segan pula hendak cerita, tetapi tidak mengapa, semoga jika masih diberi hayat, tidak dibuat lagi pada tahun hadapan! Ini sebenarnya gara-gara bertangguh puasa enam. Untuk pengetahuan, hari ini barulah masuk hari keempat (tunduk malu!) Mak Aji puasa. Insya-Allah kena puasa sampai ke penghujung sut Syawal. 

Alamak hai!!
Sumber

Macam biasalah, macam-macam alasan diberi - sibuk dengan urusan kahwin anak, lepas itu badan tidak sihat, dedar macam hendak demam saja, lepas tu balik kampung (hendak makan segala macam, takkan hendak puasa pulak, kan??). Tahu-tahu sahaja sudah sampai lampu merah berkelip-kelip (macam di dada Ultraman) menandakan Syawal hampir tamat! Alamak, puasa belum sambung lagi!!??  

Pada petang ini pula guru Pak Aji, Baba Aziz dengan beberapa ahli keluarganya insya-Allah akan menginap di rumah selama beberapa hari - kata Pak Aji kelas kecil akan diadakan di rumah. Mereka sebenarnya sudah balik kampung selepas hadir kenduri Hanif tempoh hari. Mereka datang balik atas urusan menghantar anak Baba ke Yaman untuk meneruskan pengajiannya di sana. Apapun, puasa tetap puasa insya-Allah!! 

Pembetulan ya, It's Magic, bukan It's A Magic (tabiat editor,
sakit saja mata bila lihat yang tidak betul!!)
Sumber


2 comments:

MONIE said...

Sayapun mengalami masalah yang sama, dah agak lewat baru dapat habiskan... makin menurun iman lepas raya he he he...samalah alasannya "JAMUAN RAYA"

Ummu Madihah said...

Bolehlah angkat muka sikit sebab ada kawan dalam situasi yg sama! Yelah, iman semakin menurun, yang sepatutnya semakin menaik!! Kita puasa terus pada raya kedua tahun depan ya!! Janji tau, insya-Allah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...