As-salam.
Mak Aji suka membuat tinjauan sebelum membeli apa-apa. Perlu rasanya kita berbuat demikian agar kita benar-benar mendapat apa yang dihajati dengan harga yang paling murah tanpa berkompromi dari segi kualiti. Ini yang orang lelaki tidak suka. Sebab itulah kerja membuat tinjauan perlu dibuat bersendirian atau bertemankan kawan wanita! Barulah satu kepala!
Mak Aji agak terbuka jika diberi pilihan sama ada untuk membeli perabot baru atau terpakai - bergantung keadaan. Kalau yang baru harganya agak mahal (harga barang tidak tahu turun, asyik naik sahaja) tetapi kualitinya tidak seberapa (kayu papan lapis), elok lagi membeli yang terpakai yang kualitinya (biasanya jenis kayu keras yang sudah diuji masa). Tambah pula lagi jika kita cukup bernasib baik terjumpa perabot yang agak antik (istilah antik Mak Aji difahamkan - setidak-tidaknya di Malaysia - digunakan untuk merujuk barang yang berusia 50 tahun ke atas). Inilah yang Mak Aji maksudkan dengan terjumpa 'harta karun' dalam beberapa entri yang lepas!
Pada akhir tahun 1980-an Mak Aji ada mengekor mak cik (mak saudara) ke Kedai Abdul (kedai barang antik) di Jonker Street, Melaka. Macam biasa, mak cik yang sememangnya pengumpul perabot antik sibuk membelek perabot (yang penuh habuk - pergi sampai ke hujung kedai yang gelap dan penuh habuk!). Mak Aji pun ikut sama. Mak cik akhirnya membeli perabot yang harganya beberapa ribu ringgit dan Mak Aji pula hanya berhabis RM700 sahaja! Hati Mak Aji terpaut pada sebuah gerobok baju lama yang sudah diubah suai menjadi almari hiasan. Usianya ketika itu sudah lebih 50 tahun. Cuba bayangkan usianya sekarang - 70 tahun lebih!! Ini rupanya almari kesayangan Mak Aji, satu-satunya barang antik di rumah!:
Almari tuaku! |
Almari masih utuh hingga ke hari ini, hanya perlu disapu minyak khusus untuknya sekali sekala.
4 comments:
mak aji boleh geng dgn ayah saya..;-))
he he, yelah, usia ayah Dieyana pun agaknya pun lebih kurang dengan usia Mak Aji!
Haiisshh...ni sajo membakor hati...tahu dah kita punya berkenan tahap dewa lemari dia tu.sampai la dok teringat..dia tunjuk pulak haiihh..selama ni dok mencari2 juga..tapi susah sikitb sebab geng takde. Ada sekali tu Nasir nak teman( bawa sebenarnya) pi fella design kat area sg buluh ka apa ntah..memag lawa n antik rupa lemari2 depa..tapi mak aii rega dia..Datuk K ja mampu.
ha ha ha, ingatkan dah lupa dah lemari ni! Takpa kita geng nanti Ahad ni! Nak pi fella kat bukit subang pun boleh, anak i keje kat situ. Boleh layan diri nanti. Datuk K, he he he!!!
Post a Comment