As-salam.
Mak Aji berhajat menyiapkan projek beranda belakang dengan memasukkan perabot rotan. Semasa di Kota Bharu sempat kami meninjau-ninjau sebuah bengkel/kedai rotan bumiputera untuk melihat-lihat reka bentuk yang berkenan di hati. Ini antara yang ada di situ:
Kerusi santai. Reka bentuk oklah, cuma di hati ada reka bentuk lain yang lebih disukai. |
Mak Aji suka meja yang rendah itu. |
Kerusi dan meja di atas sebenarnya yang diminta pelanggan agar membetulkannya. Namun, pembuat rotan menyatakan bahawa dia boleh menghasilkan reka bentuk yang sama, jika mahu. Dia juga boleh menghantar perabot ke KL dengan caj pos sekitar RM200-300. Ok, kami jalan dulu ya. Oh ya, Mak Aji suka tengok cradle berwarna merah jambu (lupa nak ambil fotonya) - sesuai sangat dengan bayi perempuan!!
Balik ke KL Mak Aji tinjau sahaja perabot rotan dalam internet, juga yang terpakai. Yang terpakai jauh lebih murah, namun kalau keadaannya masih baik, apa salahnya, (lebih mesra alam!) yang perlu hanya dicat atau varnis sahaja.
Sebenarnya Mak Aji berangan-angankan kerusi rotan yang seperti ini:
Mak Aji suka yang seperti ini. |
Juga yang seperti ini. |
Ini juga cantik, cantik lagi kalau putih juga. |
Apabila meninjau di IKEA, ini antara yang didapati:
Kedua-dua kerusi di atas kalau dicat putih lebih cantik, kan?? Ok, kita tinjau lagilah.......
4 comments:
hi.. ni kat mana di kota baru.. ada nombor..? atau alamat?
Hi,
Saya terlupa untuk memasukkan maklumat tentang pengusaha perabot rotan tersebut. Saya simpan kad namanya tetapi tersilap letak. Nanti saya cuba cari lagi. Boleh berikan alamat e-mel ke alamat e-mel saya, shimah60@gmail.com - kalau terjumpa nanti saya hantar e-mel ya! Memang di Kota Bharu, cuma sy x pasti lokasinya.
Salam. Sy hilmi. Sy nak bagi tau. Sy ade membuat, membaiki dan menjual perabot rotan. lokasi kedai sy di sungai buluh selangor. Kalau berminat boleh hubungi
Call/wahtssap
0194425856
Hilmi
Salam Hilmi,
Terima kasih atas makluman. Mak Aji tahu kedainya dan Mak Aji pernah ke kedai saudara tu suatu ketika dulu.
Post a Comment